Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum korang!

Bismillahirrahmanirrrahim..Ya Allah,rasa macam lama gila tak update blog.Padahal tak sampai 5 bulan pun lagi.Over kan haku.So macam mana puasa? Okey ke? Baju raya semua dah ready? Dah gosok ke? Banyak tanya pulak.Macam la ada orang nak jawab.Hahh sadis betul.

Banyak benda sebenarnya nak tulis tapi takut jadi macam karangan masa SPM dulu pulak.Meleret-leret.Jadi saya ringkaskan aje lah ye.Sekarang ni saya belajar kat CFS IIUM atau senangnya UIA lah dalam bidang Pharmacy.Setakat ni okey lagi belajar setakat blur campur mengantuk tu biaselah kan.Haha.

Korang korang,korang ingat tak yang post itew pasal JPA-MARA berabad yang lepas? Tak ingat lettew.Scroll bawah ye kalau tak tahu.Nak dijadikan cerita,pada suatu petang sedang aku menuju ke mahallah(asrama),telefon bimbitku berdering tanda ada panggilan masuk.Nombor itu tidak dikenali.Lalu aku menjawab panggilan itu dan alhamdulillah aku mendapat berita gembira iaitu diberikan rezeki oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran ke UK( united kingdom bukan ulu klang.kuikui) dalam bidang pergigian.Perasaan tu memang happy campur terkejut sebab tak sangka dan tak menaruh harapan langsung kan.Bincang punya bincang dengan mak ayah,diorang tak bagi.Biaselah,anak bongsu kan susah sikit nak lepas.Bila tanya mak kenapa tak boleh,dia cakap "mi takut adik jadi macam Amalina".Pastu saya dalam hati macam errr..errr..kenapa pulak amik contoh Amalina sedangkan contoh baik yang lain tak amik pulak.Tapi takpe,saya memang tak bersungguh nak pergi pun.UIA pun ok ape kan??

Mula-mula msuk CFS IIUM tu memang sadis gila.Tiap-tiap hari nangis kot rindu mak ayah rindu rumah.Again,anak bongsu kan.Sekarang dah ok lah sikit.Kwan kawan pun baik tapi ada jugak yang psiko.Stress haku dibuatnya berkawan dengan dia sampai ada sekali tu saya menangis ye sebab tak tahan sangat.Jadi baik ambik langkah awal dengan menjauhkan diri.Jahat ke saya? Tapi daripada stress baik buat camtu kan? Haii macam-macam orang jumpa bila msuk u ni haa..Kena pandai-pandai urus lah kalau tak boleh jadi gila rasanya.Haha

Oh yaa!! Masuk u ni iman kena kuat oo sebab selalu sangat tertengok laki hensem.Diulang TER ya.hihi.Kalau saya tak tahu malu nak aje kejar laki laki hensem tu mintak nombor phone.Nasib baik ada iman lagi walupun sejemput je.Dah kenapa kau melalut pasal ni Anis?!

Ok masuk bab raya kejap,saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kat korang yang sudi baca blog ni samaada sengaja ataupun tudak.ekk? Kalau ada terasa terguris hati tersentap kat mana-mana dengan penulisan saya harap maaf ye.Kalau ada yang tak puas hati ke apa ke tegurlah.InsyaAllah saya tak akan jadi kanibal yang makan orang.Maaflah ye takde kad raya segera macam orang buat dalam facenook eh silap facebook.Sori malas backspace tetiba.Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun depan.InsyaAllah.Sampai ni je lah ye.

Assalamualaikum! :)


Wednesday, April 17, 2013

Interview JPA-MARA

Assalamualaikum.

Semangat je nak kongsi malam-malam ni walaupun letih sebab baru balik dari Besut,Terengganu untuk share interview JPA-MARA.Adik -adik yang nak mintak scholarship nanti boleh baca ni kot-kot nak ambil tips atau tambah pengetahuan ke.Haha

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut saya nak bagitau yang aim atau target saya memang nak belajar kat Malaysia sahaja.Tapi saya menggedik jugak nak apply for MARA scholarship.Nak test try ler boleh ke tak.Hahah.Alhamdulillah dapat.Sebenarnya tak berharap sangat pun.Dekat 10 kali pikir jugak lah nak pergi ke tak interview.Pastu abah cakap,kalu nak pengalaman pergi lah.Kalau tak,tak dapatlah pengalaman tu.Jadi demi untuk mendapatkan pengalaman saya pergi jugak.Pengalaman pertama pulak tu.

Kenapa JPA-MARA ? Bukan MARA sahaja ? Sebenarnya bila saya buka laman web MARA,ada dua scholarship yang ditawarkan.Satu JPA-MARA dan satu lagi MARA sahaja.So saya try lah bukak yang MARA sahaja.Bukak-bukak tu tengok takde pun course pergigian atau farmasi yang saya berminat.Pastu bukak kat JPA-MARA,mula-mula lagi ada course pergigian tapi takde farmasi.Terus saya apply yang JPA-MARA punya.

Kelmarin,kawan saya baru bagitau yang MARA pun ada scholarship untuk pergigian dan farmasi.Tapi kenapa saya tak jumpa???!!! Tengok balik.Ada la sikit pergaduhan kecil dengan kawan tu untuk mempertahankan 'kebenaran' saya.Tengok punya tengok,cari punya cari,rupa-rupanya saya tak scroll ke bawah.Padahal banyak lagi kat bawah tu.Pastu mulalah rasa,BANGANGNYE AKUUU!!!!



Baiklah,yang berlalu biarkan ia berlalu.Nasi dah jadi bubur.Menyesal tiada gunanya.

Baiklah,hari interview JPA-MARA (hari ni ) takde la ramai orang sangat.Maybe yang apply MARA sahaja ramai,sebab dengar-dengar sampai 5000 jugak kat Malaysia ni.Sebab tu MARA punya ada IQ test,sape yang lulus baru boleh di interview.Soalan IQ tu dengar-dengar kata tak susah sangat.Ada bahagian objektif dan ada bahagian esei.Objektif tu 50 BI dan 50 BM.Bi susah jugak tapi BM cam lawak sebab antara soalan dia ialah Mary ada tiga adik beradik,yang sulung nama Marie,yang kedua nama Maria dan apakah nama yang ketiga? Lebih kureng lah..hahah

Pakaian saya mestilah baju kurung.Itulah yang paling sesuai.Kena sampai awal kat sana sebaiknya setengah jam sebelum pendaftaran..Sebelum bertolak tu pastikan fail anda yang ada sijil-sijil,dan barangan lain tu dibawa yea.Kang tertinggal kang jadi satu masalah pulak.Dengan berdebar nak interviewnye,dengan tertinggal fail nye,mesti rasa macam its the end of the world.!!.So adik-adik kelak prepare awal-awal,letak dalam beg siap-siap.

Saya kena interview dalam kumpulan.Saya kumpulan 2.dalam group saya sepatutnya ada 7 orang tapi sorang tak hadir,jadi 6 je lah kan.2 lelaki dan 3 perempuan.Kami takde la mesra sangat pun,setakat berbual sikit-sikit tu boleh la.kami kena sentiasa bergerak dalam kumpulan.Masuk je bilik interview kena bagi salam ( saya bagi salam tapi tak tahu panel dengar ke tak sebab rasa macam perlahan sangat,,haha ) Pastu duduk dengan tegak dan sopan sesopannya.Jangan duduk sambil lewa,macam x serius jer ( walaupun saya memang tak berapa serius pasal interview ni ,kuikuikui)

Interview ni ada 3 sections.Maknanya ada 3 bilik yang kitorang kena pergi.Setiap section ambil masa lebih kurang sejam.Setiap section ada 2 orang panel,sorang lelaki dan sorang lagi perempuan.Semuanya professor tahu?

1st section.

Group saya kena buat BI presentation.Masa tu memang berpeluh jugak la ketiak sebab saya tak berapa reti speaking dan tak suka buat presentation.Padan muka kau Anis.Hahah

Dan anda tahu,kami semua berdebar,saya dapat tengok la melalui air muka diorang kan.Cer cakap sape tak berdebar bila kena interview for the first time?? Sampaikan saya dapat dengar pernafasan budak lelaki yang duk sebelah saya.Kenmain kuat lagi.Tarik nafas,hembus..tarik lagi..hahah..begitu agaknye

Tajuk presentation ialah berkaitan self belonging.dan kami kena bincang pasal PETRONAS  punya.Masa tu agak lawak sebab kebanyakan kami tak paham lagsung menatang apa maksud tu.Camne nak fikir point kalau  tajuk pun tak jelas?? Masa tu jugak dapat tengok siapa yang benar-benar nakkan scholarship ni.Kami kena bincang kuat-kuat supaya interviewer tu dapat dengar.Ada la yang tunjuk bakat,skill masing-masing bagi sumbangan idea.Saya pulak macam..errr...apa ni??? Fikir Anis fikirrr...erghhh...

Member dalam group asyik-asyik tanya pendapat saya.Mungkin saya senyap kot.Hahha.Takpe,korang nak overshadow pun takpe,saya tak kisah.Dah memang niat nak cari pengalaman je pun kan.

Pastu dia suruh tulis dalam kertas major,pastu present sorang-sorang.Terpakslah present walaupun benci sebenci bencinya.Orang lain present dekat 2 minit,saya present tak sampai seminit.Well done Anis!! Haha

Lepas siap present,bangun,salam dengan panel perempuan and say thank you.

Kalau korang serius nakkan scholarship ni sila jadi seorang yang banyak cakap dan banyak sumbang idea.Tapi janganlah sampai orang lain tak boleh nak celah.Nanti tak pasal-pasal orang menyampah.

2nd section.

Masa ni agak sempoi sebab interviewer pun sempoi dan soalan pun sempoi,bahasa jugak sempoi.Seksyen ni lebih kepada pengetahuan am.Pasal course yang kitorang pilih,pasal ibu negeri perlis.pasal nama tempat kat sabah dan sarawak(setiap orang kena bagi jawapan lain-lain),pasal Dr Mahathir (mujur saya sempat baca ) ,semangat patriotisme,banyak lagi lah kalau nak tulis satu-satu.Ada soalan mengarut.Suka hati dia je nak tanya.Ntah pape.Mereka para interviewer ini selalu memprovok kita.Tapi kena relaks lah.

Kalau interviewer cakap BM korang jangan menggedik nak speaking.Kalau tak memang kene ah.Member grup saya yang kene sebenarnya.kihkih.Tak baik gelakkan orang,Anis!.

Dan apa yang saya perasan jawapan yang saya bagi semuanya lain dari yang lain.Kenapa itu harus berlaku? Adakah saya seorang yang berfikiran pelik??Pedulikan

Lepas siap,bangun,salam dengan panel perempuan and say thank you.

3rd section

Masa ni sama dengan yang 1st section tapi presentation dibuat dalam BM.Rasa lega lah sikit.Kalau tak tergeliat lidah jugak.Masa ni semua tak semangat.Haus,kering tekak,lapar.mengantuk,semua ada.Haaha.Sampaikan interviewer pun perasan.Tapi perjuangan tetap juga diteruskan.cewahh.

Presentation BM lebih senang sebab berkaitan isu di sekeliling kita jer.

Lepas siap present,bangun,salam dengan panel perempuan and say thank you.

Lepas tu terus pergi makan dengan mak bapak.Hahaa.Walaupun saya rasa ntahpape je saya jawab tapi saya dah buat yang terbaik.Pengalaman itu yang saya cari.Sebab tu masa makan boleh sengih-sengih,senyum-senyum sebab dapat sesuatu berharga kan.Dapat scholarship ke tak belakang kira.Saya tak kisah langsung.Biarlah orang nak kata tak tahu hargai peluang ke tapi saya ada sebab saya sendiri.

Itu je lah kot nak share.Hihi..Assalamualaikum! :)










Sunday, April 7, 2013

Tinggal Mak Bapak.

Assalamualaikum!

Saya ada 5 orang adik beradik.3 lelaki 2 perempuan dan saya merupakan anak bongsu.Macam tulis ayat masa darjah 1 pulak.kikiki.

Ayat ini masih ada sambungannya..

Kakak saya sudah berkahwin.Ada 2 orang anak.Dia tinggal di S.Alam bersama hubby dan anak anaknya.2 orang abang saya pula sudah bekerja di Kuala Lumpur manakala sorang lagi masih belajar,di Kuala Lumpur juga.Jadi buat masa sekarang hanya saya yang ada di rumah yang terletak di Kelantan umumnya.

Tadi masa makan nasi berlaukkan ikan goreng dan telur mata kobau,ayah saya cakap

''Nanti mi nge aba bukak poso duo ore jah la.Adik gi blaja doh maso bule poso ni.''

saya translatekan

''nanti mi dan aba buka puasa berdua la.Adik dah pegi belajar masa bulan puasa ni ''

mak saya tak tunjuk reaksi.Makan dan makan...

Tiba-tiba rasa sayu.Saya tak pernah pun berpisah dengan parents.Macam mana la nanti.Mesti sunyi rumah.urghh.....

Saturday, March 23, 2013

Alhamdulillah.

Assalamualaikum!!

Just nak kongsi berita gembira..hehe..



















memang tak sangka langsung dapat 10A..kat sekolah 4 orang je dapat straight A.Ye lah,sekolah harian biasa je pun.Masa nak amik result kenmain ketar tangan.Tetiba dapat parkinson.

Alhamdulillah sangat-sangat.Ni pun dalam mood tak percaya lagi.Rasa macam mimpi je.Sebelum ni paling tinggi pun dapat 8 je.Sumpah tak target langsung 10.

Mungkin ni nasib baik je dan rezeki Allah nak bagi.Kalau kita selalu mintak dengan Allah,benda yang kita rasa mustahil pun boleh jadi tak mustahil.

Satu perkara yang saya nak kongsi,buat apa-apa mesti kerana Allah.Selalu ingat Allah.Belajar itu salah satu daripada jihad.Letak niat nak belajar mula-mula kerana Allah.Lepas tu baru ibu bapa ke,sape-sape ke.Sebab Allah tak akan kecewakan kita.Bukan macam manusia.Contohnya kalau korang niat nak belajar sebab nak puaskan hati makbapak ke,boyfren ke,bila kita gaduh dengan diorang kita akan rasa give up nak belajar sunggguh-sungguh.Nampak tak permainan dia??

Bila dapat nikmat gini,rasa macam dugaan,cubaan pun ada.Cuba untuk tak lupa diri,cuba untuk tak jadi riak bongkak takbur dan sebagainya yang berkaitan masalah hati.

Buat mi dan abah,adik takde benda nak bagi.Nak bagi duit tak keje lagi.nak bagi cucu jauh sama sekali lah.Haha.Ni je lah yang dapat bagi.Susah payah hantar sekolah,bagi duit yuran,duit belanja,duit buku,baju sekolah,dan macam-macam lagi lah.Walaupun ini cuma sebesar kuman mungkin untuk balas jasa,tapi lebih baik daripada takde langsung kan?

Semoga saya terus berjaya di masa hadapan! Yesss kena semangat!!.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Assalamualaikum!

Wednesday, March 13, 2013

Tips Kurangkan Rabun.

Assalamualaikum!

Rasa-rasanya ramai yang dah tahu.Tapi tak pe lah,sekadar nak berkongsi je.Terlebih dahulu saya nak kasitau saya ni rabun sejak sekolah rendah lagi.Sebabnya tengok tv dekat sangat dengan screen dulu.Mak dah banyak kali cakap suruh tengok jauh-jauh tapi saya degil.Rasakan bahananya.Betullah tu orang cakap kalau mak kita cakap banyak kali benda tu akan jadi betul-betul.

Sekarang padan muka dah rabun.Power pulak dah 500+.Dah jadi ni baru nak menyesal.Tapi sayang masa tak boleh diundur.Redha ajelah.Saya spesis pakai spek sebab tak ada keberanian lagi nak pakai lense.Kadang-kadang keluar rumah tak pakai spek sebab kalau panas jadi berpeluh dan berminyak kat tengah-tengah antara mata tu.Sangat serabut.Tudung pun jadi gedebak je.Dah la saya spesis pakai tudung muncung kat atas.

Jadi baru tadi je saya survey pasal tips-tips kurangkan rabun ni.Sebenarnya banyak.Tak tahu la berkesan ke tak sebab saya pun belum cuba.Kalau korang rasa agak logik,praktikal dan boleh dipercayai korang try lah.


  • Masa ambil wudhuk jangan tutup mata.Biar air wudhuk tu masuk mata kita.Ramai yang try cara ni dan diorang cakap berkesan.Power diorang jadi turun.InsyaAllah.
  • Makan buah-buahan warna oren macam carrot ke betik ke tomato ke tapi bukan citrus macam limau.Suka hatilah nak ratah ke buat jus ke asalkan masuk dalam perut.Carrot ada beta carotene yang baik untuk mata.Tapi saya penah baca majalh dulu,doktor tu cakap khasiat carrot tak ada kena mengena dengan mata.Saya pun tak tahu.Try aje lah.
  • Ada yang suggest minum air rebusan sawi atau bunga mawar.
  • Jangan membaca kat tempat yang gelap atau tak cukup cahaya lampu.Tak payah nak romantik sangat lah baca dalm gelap.Kesian mata tu.
  • Ada jugak yang cakap lepas bangun tidur tengok benda-benda hijau macam pokok terutamanya.Baru segar mata tu.
  • Cara lain ambil embun pagi pastu sapu kat mata sambil selawat.
  • Masa solat cuba fokuskan mata korang kat tempat sujud.Fokus betul-betul kat satu tempat sahaja.
  • Selain tu cuba kekalkan power mata korang.Kalaupun power tu dah bertambah jangan guna power yang baru.Pkai je spek yang sedia ada tu.Cara ni dia kata berkesan jugak sebab doktor yang suggest kat dia.Wallahualam
  • Pastu selalu kan lah urut-urut bahagian mata tu supaya lancar peredaran darah sekitar mata.Antara caranya pejam mata,letak jari telunjuk dan jari tengah kat atas kelopak mata.Tekan sikit lembut-lembut je tau.Boleh kurangkan regangan mata.
  • Kalau ikut cara orang tua dulu-dulu selalu baca al-Quran.InsyaAllah mata tu jadi ok.
  • Ambil supplement untuk mata


Itu je lah kot yang saya boleh kongsi.Kita ikhtiar je lah.Jadi tak jadi belakang kira.

Korang kalau ada cara yang lebih baik dan berkesan kongsi lah yerrr~!!!!

Assalamualaikum!

Sunday, February 24, 2013

Saya dan Novel.

Assalamualaikum.

Ini dikira pendedahan yang tak berapa ekslusif sangat.Yelah kitew bukan retis pun uolls nak eksklusif2 ni..tiba-tiba jadi gedik.

Habis intro.

Saya dan novel memang tak dapat dipisahkan.Umpama aur dengan tebing,isi dengan kuku,cagu dengan kuman begitulah diibaratkan saya dengan novel.Secara jujurnya minat dan ketagihan saya dengan novel bermula sejak darjah 5 lagi.Tak silap saya lah.Dah lama kan,lupa uollss.

Mungkin saya berjangkit dengan kawan-kawan lain yang minat baca novel.Mula-mula memang tak tertarik langsung nak baca,yelah,novel dulu covernya hudoh bukan main.Pulak tu tebal.Buku sekolah pun saya malas baca apatah lagi buku yang tak berpekdah gitu.

Tapi ternyata setelah sekali mencuba,nak baca berkali-kali lagi.Kenapa ayat sedikit pelik di situ?..Pulak tu kawan-kawan banyak stok novel.Lalu bermulalah sesi pinjam-meminjam.

Kenapa saya suka baca novel? Haa sebab baca novel boleh buat hilang stress.Lebih-lebih lagi novel yang lawak lah of course.Kita sebagai perempuan ni pulak memang suka lelaki hensem-hensem kan,novellah menjadi salah satu medium membantu kita untuk berkhayal dengan lebih lagi.

Darah campuran Inggeris dengan Melayu.

Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya,membuatkan senyumannya bertambah manis.

Kulitnya nampak bersih tanpa sebarang kumis dan jerawat.Ditambah pula dengan hidungnya yang mancung.

Badannya yang sasa,tinggi selayaknya model.

Tengku bla bla bla lagi...

Arghhh kegilaan apakah ini?Kadang-kadang saya terpikir jugak,kenapa hero wajib hensem-hensem?Wujud ke manusia hensem sempurna gitu? Tapi kalau penulis buat.'Hidungnya yang semacam jambu air membuatkan cik gayah terpikat,giginya pula yang kekuningan membuatkan anak gadis menjadi gila,kulitnya pula yang semacam warna coklat membuatkan dara pingitan menjadi penasaran,ditambah pula dengan badannya yang gemuk-gemuk manja' etc..ada ke orang nak baca novel gitu.Maklumlah kita kalau baca novel automatik membayangkan fizikal si hero dan heroin kan? Ke saya je ?  erkk..Bila kita bayang hero heroin hudoh,automatik juga kita rasa macam nak campak novel tu.Nampak tak permainan dia di sini?

Setakat ni tak terbilang novel-novel yang saya baca.Sudah beratus-ratus mungkin.Takde pekdah aih nak bilang,bukan boleh dapat Guiness World Record pun.Kebanyakan novel dipinjam daripada kawan-kawan.Mak kakak diorang takpelah si kaki novel jugak.Saya? Nak mintak duit beli nvel dengan mak? emm tunggu dua tahun lagilah daripada tarikh mintak tuh,tu pun kena ceramah free dulu.Jalan selamat ialah dengan pinjam dengan kawan-kawan kalau tak nak duit kering.

Antara novel Hlovate yang paling saya suka ialah aa+bb.Sweet je.hehe

Mak cakap novel tu benda tak berpekdah,buat sakit mata je baca.Yelah,saya pun pakai spek ni.Kang bertambah lagi power buat spek baru,habis duit dia jugak.Hahah pandai-pandai haku buat hypothesis.

Sebab lain novel ni best ialah,watak hero yang romantik.Wahh ini paling best.Hahaha.Mampu membuai perasaan betullah.Sebab tu bila baca novel tak boleh nak stop.nak tahu jugak lepas tu jadi apa,jadi macam mana.Selalunya tak sampai setengah hari untuk saya habiskan sebuah novel.Sampai lupa  makan,mandi,tido..Arghh sekali lagi,kegilaan apakah ini?

Kalu dulu masa darjah 6 kot,novel yang paling saya minat ialah Adam Dan Hawa.Tak silap saya lah,novel tu dah keluar masa tu.Antara novel yang saya baca masa tu,itu lah novel paling romantik.Jadi terus melekat di hati.Sekarang ni banyak lagi lah yang romantik,yang nak macam 18sx pun adoo..Aiyakk kantoi baca novel mengarut.

Tetap di hati selamanya.


dulu-dulu pernah jugak nak try buat novel.Tapi sampai sepoloh ms gitu,dah kehabisan idea.Ayat tak payah cakap lah,straight to the point sungguh,belok kiri kanan takde,bunga-bunga segar apatah lagi.Sampai rasa kalau diterbitkan pun,selayaknya jadi makanan tong sampah je,buat habis dakwat je.Sedih.

Sebab seterusnya ialah sebab dalam novel ini ada jugak ilmu kita boleh amik.Ilmu suami isteri,pasal Islam,pasal kehidupan macam -macam lah.Hah pasal suami isteri wa taknak koman banyak,sebab wa malu.Malu la sangat.Sape pernah baca The Wedding Breaker? Dalam tu banyak tips untuk suami ister.Kahkahkah.Sape pernah Baca Suamiku Ustaz?Pun banyak pasal Islam ni.

Novel ni dah best.Tapi,apesal heroin kahwin muda sangat? Arghh

Terbaik wa cakap lu novel ni.Hahah


Novel mat salih kadang-kadang je ai baca.Sebab kawan-kawan ai tak minat nak baca.Ai pun takde source.Tapi selalu ai pinjam dekat perpustakaan.Tu pun ai baca yang popular-popular je,Twilight,Harry Potter,Nancy Drew etc.Yang susah baca novel mat salih ialah sebab tak paham makna uolls.Satu kerja pulak nak belek kamus.Yelah ai ni bukan pandai sangat BI nih.

Breaking Down je tak baca lagi.Ohh Edward Cullen.Emmm kelip-kelip mata.

Rasa macam pernah baca,tapi tak ingat.Aisehmenn


Sepatutnya,orang yang layak baca novel ialah orang yang tahu membezakan baik buruk,iman mesti kena kuat.haha.Bukan apa,takut senang terpengaruh.Heroin kahwin awal.kau nak kahwin awal jugak.Heroin lawan cakap mak bapak kau nak buat jugak.Heroin selalu keluar malam kau nak buat jugak.Kan bahaya tu?

Setakat ni novel yang mampu buat saya menangis ialah Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah punyalah sedih.Tak tahu lah kalau ada orang baca novel tu tapi tak menangis.Saya memang kasi hadiah 10sen ah..

Dia sangat pandai buat novel.Ada yang sampai menangis,yang gelak sampai sakit perut pun ada.


Korang yang baca ni,kongsi lah novel apa yang korang suka? Yang paling melekat di hati? Saya pun nak baca jugak.Heehe

Siti Nur Dhuha pun pandai buat orang gelak sakan.Biasanya saya cari novel dia
kalau stress.Hilang stress kejap.Hihi
Semoga berjumpa lagi kita.Bye!!

Jangan lupa kongsi novel feveret korang tau!




Monday, February 11, 2013

Kawan Selamanya!..atau kawan sementara.?

Assalamualaikum !

hai uollss yamg masuk sini.Masuk rapat-rapat lagi.Tak kena makan nye.takot bebeno haa

Dah buang title jadi budak sekolah ni tak lain tak bukan mesti kena berpisah dengan kawan-kawan jugak kan.Tapi takpe kalau kita tahu cara nak kekal hubungan tu.Lebih-lebih lagi dengan bestprengg kita.

Tapi kalau kita je yang asyik usaha nak maintain the relationship,kawan kita macam nak tak nak macam mana?

Susah sebenarnya ada kawan yang perahsia.kita nak tahu perkembangan dia pun tak boleh.Bukan nak menyibuk,tapi kita nak tahu jugak macam mana dia sekarang.Buat apa? Dah kerja ke? Kang tiba-tiba tahu dia dah kahwin.Apa ni? Kata kawan.Kawan kan orang yang kita boleh share cerita selain keluarga.Walaupun bukan semua cerita.Yalah ada perkara kena rahsiakan.Tapi kalau bestpreng tanya hal-hal yang biasa-biasa je perlu ke nak rahsiakan.

Kepada awak,
saya tahu kita rapat dulu,
saya tahu kita dah berpisah,
saya tahu kita pernah gaduh,
biasalah tu,
tapi kita masih dalam negeri yang sama,
negeri ni tak besar mana,
negeri pahang lagi besar haa,
walaupun awak cuba nak rahsiakan sesuatu,
lambat laun saya tahu jugak,
kalau bukan daripada mulut awak,
mungkin daripada mulut kawan-kawan kita yang lain.

Tapi awak,
saya tak faham,
kalau dulu kita boleh berkongsi apa sahaja,
kenapa tak sekarang?,
saya faham kalau awak berubah,
awak nak bebas mungkin,
dan mungkin awak rasa tak penting nak kongsi dengan saya,
tapi saya tak nak perubahan awak jadi penyebab hubungan kita renggang,

Awak tahu,
dulu-dulu saya dah pernah fikirkan pasal ni,
macam mana kalau suatu hari nanti,
hubungan kita terpisah?,
saya fikirkan pasal tu pun,
boleh buat saya nak menangis,
macam mana kalau jadi betul-betul?

Saya tahu awak sibuk,
sebab tu bila saya ajak awak keluar dengan kawan baik kita yang lain,
awak selalu menolak,
awak cakap ada hal,
tapi takkan tiap-tiap hari awak?

Saya tak kisah dapat jumpa sekejap pun,
Saya hanya nak tengok awak,
tak adalah saya fikir awak dah lupakan saya.

Sekarang saya hanya boleh tahu perkembangan awak di facebook sahaja,
itu pun melalui orang lain.
Bukan saya tak pernah mesej awak,
tapi berapa kali sangat awak balas?

Satu sahaja saya pinta,
jaga hubungan kita.
Tolong jangan buat saya kecik hati,
mungkin saya tak tunjuk depan awak,
tapi dalam hati,saya menangis.

Saya harap awak tahu perasaan saya,
walaupun awak mungkin tak akan baca apa yang saya tulis.

Kawan selamanya. Y...


Sunday, February 10, 2013

Buat Ketupat.

Assalamualikum.

mentang mentang update masa raya cina bukan bermaksud saya buat ketupat untuk meraikan raya cina.Bukan.

Saya suka mengumpat.Hamboi tetiba.Dan saya rasa kebanyakan perempuan begitu.Lelaki pun tak kurang hebat kadang-kadang.Cuma mungkin perempuan lebih menonjol.Kalau dulu-dulu mengumpat memang jadi hobi setiap hari dengan kengkawan.mungkin pasal kawan yang lain,mungkin pasal artis,mungkin pasal sedara mara.banyak jugak cerita buruk orang yang boleh dikupas sampai licin.

Sekarang ni pun tak kurang hebatnya.tapi mood tu datang bila rasa perlu saja.Kadang-kadang takut juga nak mengumpat.Kan dosa besar tu.Eh tahu pun.Tapi buat jugak.Memang bila mengumpat rasa lupa dunia.Rasa dunia ni kita yang punya.hah orang yang diumpat tak tahu pun kita cerita pasal dia,buat apa nak kisah sangat?

Tapi Allah tahu.

Mungumpat tu macam makan daging sedara sendiri kan? Sekarang rasa jadi baik sikit.Dah kurang dah mengumpat ni.Yeke? Cuma bila dengar orang yang mengumpat pasal orang lain kat depan saya,sangat-sangat rasa bersalah.Takpe ke ni ya Allah? Kalau saya nak stop dia ni nak kena cakap macam mana? saya dah insaf sekarang.Tolong jangan mengumpat depan saya.Macam tu? Kang dia ingat saya buat lawak.Mengumpat tu kan haram! Kang dia ingat saya nak ajar pulak sedangkan dia pun tahu.Ke nak blah serta merta? Kadang terpikir jugak cara tu,tapi tak berani nak try,takut kawan kecik hati.Kadang-kadang kena cakap,aku bukan nak mengumpat tapi aku nak cerita benda betul ni.....haish tersepittt!!



Sungguh saya tak tahu cara nak tepis.Saya cuma boleh istighfar je bila kena join mengumpat.Hati rasa bersalah tapi best jugak dengar.Setan punya kerja sangat cemerlang.

Saya terfikir jugak perasaan orang yang di umpat.Mesti dia kecik hati kalau tahu.Kita pun macam tu kan? Siapa suka orang cerita buruk-buruk pasal diri kita? Belakang kita pulak tu.kalau saya tahu orang tu mengumpat saya memang merajuk patharipatmalam ah..

Semoga saya boleh kurangkan mengumpat.Aminnn..


Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".
Hadis Riwayat Abu Daud

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)





Thursday, January 31, 2013

Angin Rajin Datang.

Assalamualaikum uollsss..

Malam ni tetibe rasa rajin.Hehe.Menyampah betul tipu gini padahal jeles sebab tadi tengok orang lain pakat sibuk duk update blog.

Jadi terlebih dahulu pada malam yang indah ni bersaksikan bulan dan bintang kita mestilah ucapkan apa? cantik? tak.Alhamdulillah ye anak-anak sebab masih diberikan kesempatan tengok dunia ni,tengok mak bapak,kan? kenapa tiba-tiba angin nak jadi ustazah datang ni? arghhhh

Pernah tak apa yang korang alami tak seperti yang korang plan? Tak kira lah dalam perhubungan ke,aktiviti ke,apa-apa sajalah..Macam mana korang rasa? Kecewa gila an.

Penah satu kali tu saya memang rasa down sangat-sangat.Confidence at the lowest level omputih cakap.memang rasa diri ni tak boleh buat.Hanya harap pertolongan Allah aje.Tu pun tak harapkan 100%.Hampeh punya makhluk.Bukan apa,sebab rasa diri ni tak cukup beriman bertakwa beramal soleh lagi.Rasa macam tak layak je nak mintak Allah tolong banyak-banyak.Ye lah,sedar diri lah sikit kita ni.And things turned out like i thought..Benda tu tak jadi..

Jadi saya pikir balik,kenapa jadi macam ni? Saya jadi murung.Murung semurung-murungnya.*apakah?*..Emmm kesimpulannya saya rasa saya kena yakin dengan diri sendiri,berani kerana benar,takut kerana salah kan? Apply sungguh-sungguh apa yang kita belajar dan jangan kalut nak siapkan sesuatu tu.Sebab mungkin akan jadi tak cantik.Macam buat kek biskut jugak,kalau buat cepat-cepat akan jadi sememeh kan? Tapi kalau memang expert tak pe lah.Expert tu pun wujud sebab keyakinan jugak kan?


Kesimpulan seterusnya ialah sebab saya tak cukup yakin dengan Allah.Saya pikir kalau nak tambah keyakinan kepada Allah dengan mendekatkan diri kita kepadaNya.Kalau pun kita tak boleh jadi yang terbaik at least kita cuba kan?

Dan kita tak boleh cepat putus asa dengan diri sendiri kan? Buang rasa malu kita sikit-sikit jangan semua tau sebab malu tu kan sebahagian daripada iman.Malu-malu kucing boleh.Jangan fikirkan sangat apa pandangan orang terhadap kita sebab benda tu akan buat kita rasa down sangat-sangat.Trust me uolss.Mesti uolss penah rasa jugak kan?

Dan yang terakhir,saya rasa mungkin saya mengantuk Saya tidur dulu.

Assalamualaikum ! kroohh krohhhh

Saturday, January 19, 2013

Update Status.

Assalamualaikum dan hai !

Tajuk persis nak update status fb jer.Ni short update saje.Tak sanggup tengok blog ni seperti tidak diendahkan.Apa kau ingat aku tunggul kayu ?! Gila ke apa tetiba.Ayat laki kepada perempuan dalam novel semua tuh.

Habis intro.

23 Jan ni nak test JPJ.Itu bermakna lusa.Ya Allah harap sangat kereta tak mampus masa test.Sebab selalu sangat mampus.Adehh kantoi.Yang lagi penting,harap dapat encik JPJ yang baik hati lagi kacak persis Aidil Aziz.Adeh kantoi lagi minat Aidil Aziz.

Hari lepas test tu kena bertolak ke KL sebab sepupu bertunang.Macam takmau pergi tapi kena duk sorang-sorang kat rumah? I have no choice uollss.*sigh*

Kerja ? SANGAT..Tolong kakak buat online bisnes je.Tolong promote.Upload gambar.Promote lagi.Takpe takpe.Asalkan duit masuk sikit-sikit.Korang yang berminat nak tengok-tengok baju,silalah ke page Qaseh Suci Collection. Dah tengok tu like la sekali.Hahahah.Bajet lawak. Booo

Setakat itu sahaja nampaknya.Saya tinggalkan gambar picisan ini untuk tontonan.

Bye

Ni tahun lepas.Masa rehat minda dengan kengkawan.Rinduuu.... : '(


Saturday, January 12, 2013

Si Dia Tak Berapa Sopan.

Assalamualaikum.

Hari ni kite nak tulis pasal benda couple-couple sikit.Biarpun kita rasa geli nak buat entry pasal ni tapi kita teruskan juga sebab malas nak backspace.

Baiklah.Kita sebenarnye tak terer sangat pun pasal perihal lelaki ni. Tapi kepada anda yang bercinta kita rasa anda perlu peka dengan perangai balak anda.Beriman kah dia? Penyabar? Baik hati? Dia hormat kita ke?

Jadi,sekali lagi kita tegaskan pada hari ini kita akan membongkar menyelidik menyiasat dan sewaktu dengannya tentang perangai jejaka yang tak berapa berkenan di hati seorang wanita.Ewah.


*b= baby. yuckss

1.Dia mempertikaikan umur anda.

Kita bagi situasi sikit ek.

Boy : B,cuba B cakap betul-betul dengan Boy,umur B berapa sebenarnya? B please la jangan tipu.
Girl : Kan dah sejuta enam kali B cakap,umur B 23. Kenapa??!!
Boy : B....jangan la tipu Boy.B jangan marah ek Boy nak kasitau ni,muka B macam orang umur 33 lah..Hahahah !! Serius nii!!
Girl : #$%^*( (balik rumah minum pesticide)


Lelaki gini memang patut bagi pelempang.Dia macam tak percaya kat anda pula.Soalan nya pula sikit lagi berupa menghina.Saya sarankan bagi la hint kepada dia untuk break up.kalau tak,sedih jiwa raga anda nanti.


2. Dia menegur wajah anda

Kita paham,orang bercinta ni memang saling ambil berat kan.Setakat tegur jerawat kat muka dua tiga kali tu takpelah,mungkin dia nak kita peka tentang kulit wajah kita.Tapi kalau banyak kali? Aiii mengejek ke apa? Kita pun mesti rasa tak selesa kann?? Muka sangat sensitif bagi kaum hawa tau.So,kalau nak tegur pastikan bagi ayat yang sangat sopan didengar.

 Pulak tu,dia cakap muka kita ni nampak matang sangat macam kak long dia yang dah beranak tiga.Aduss.Parah hati kita gini.

3.Dia mengagak-agak body weight anda.

Bayangkan ek kalau keluar makan dengan dia,dia suka usik pasal berat badan anda.Kononnya dia perasan pipi anda terlebih 2 cm,punggung anda melebar 4cm,baik anda suruh dia cari gelpren model lah.

Pulak tu,kalau dia pernah jumpa ibu anda yang agak extra size nya dia akan bayangkan betapa besarnya anda bila kawin nanti.Mungkin double extra daripada ibu anda.Wah gitu kau.

4.Mulutnya macam tak sempat amik insurans.

Ada lelaki yang amat sarkastik.Mulutnya mengalahkan mak timah mak gayah mak bedah di kampung bila bercakap.Mentang-mentang la kita ni asal dari kampung,pedalaman pulak tu dengan hidung separa mancung,bibir tebal seperti Jolie dan kulit hitam manis dia boleh tanya kita 'ada keturunan orang asli ke dalam keluarga B ?' eh sakit hati betul. Dia tak tahu yang kita ni menjadi rebutan kat kampung. Hei,setakat kau apa lah sangat.Aku petik sekali sorang yang datang tau ! Eh?

P/s : Kita pun taktahu betul ke tak semua ni.Kita dah cakap kita tak reti sangat bab ni.Korang ia kan je lah.Hihi

Wednesday, January 2, 2013

Lelaki Stereotaip.

Assalamualaikum !!

Korang selamat tahun baru eh.Semoga tahun 2013 membawa lebih banyak kehappyan  kegembiraan untuk kita semua di dunia ni.ewah.azam tahun baru tak berapa ada.Tapi harap saya boleh jadi anak yang baik untuk mi & aba.Itu aje.Sebab saya ni agak jahat sebenarnya.Tak baik untuk orang lain tapi baik untuk parents pun dah kira Alhamdulillah.

OK,habis intro.

Baiklah,berdasarkan tajuk di atas buat satu karangan korang agak apa lah yang saya nak cakap eh? Mungkin kebanyakan kita ni pernah dengar,tapi ye lah,sekadar mendengar kan.Korang tahu ke apa maksud stereotaip? Kepada yang tak tahu meh nak kasitau,berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-3,muka surat *belek kamus*1304,

Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli,biasa sahaja sebagaimana yang seringkali kedengaran.

hah,macam mana? Paham ker? Bagi saya stereotaip ni macam anggapan lapuk lah kan terhadap seseorang atau sesuatu benda atau perkara.Tak paham lagi? Buat-buat paham je lah.Please.

Saya straight to the point aje,sebenarnya saya ni amatlah panas hati,telinga,paru-paru dan semua lah bila dengar lelaki stereotaip bercakap.Dah macam tak ada kerja lain,asyik nak mengutuk perempuan je kan?terutama bila kat atas jalan raya.

''Pesal lembab sangat bawak kereta orang depan ni? Ni mesti perempuan lah ni.tengok lah kalau tak caya.''
''Tengoklah kereta depan tu.macam takde hala tuju hidup je.hahaah! Tak lain tak bukan perempuan la ni.'' 
''Kau tengoklah perempuan bawak kereta/motor,bagi signal kanan tapi belok kiri.Ntah lulus ujian memandu ke tak dulu.''Kata si lelaki stereotaip.
mak aiii sesuka hati kau je kan? Saya dah memang banyak kali dengar ayat yang macam tu.dah banyak kali sangat.Ntah berapa ramai lelaki luar sana yang selalu kata macam tu kan?  tiap kali dengar,ya Allah tahan je lah.Kalau tak,nak aje sembur dengan air liur berbisa.kang keluar habis nama binatang haram.sape tak sakit hati oii bila kaum sendiri diperlekehkan?

Macam ni lah,kepada lelaki tak semua perempuan bawak kereta macam tu.Kalau diorang bawak macam tu,mungkin tersilap,ada masalah peribadi ke,kita tak tahu kan? Mungkin selama ni dia bawak kereta dengan cemerlang tahap disiplin mengalahkan kau wahai lelaki.Ubahlah mindsetmu.Tolonglah.
Pleaseeeee............................

takkan kerana kau tengok sorang dua perempuan bawak kereta cam ntahpape kau ingat semua perempuan macam tu? Jadi lelaki tak pernah tak pernah buat silap? Saya rasa lelaki yang lebih banyak dapat saman daripada abang polis atau jpj sebab bawak laju lah,langgar isyarat.Kesalahan perempuan yang kecik cam semut kau nampak,kesalahan kaum kau yang sebesar gajah ada kau nampak? Lagi,siapa yang selalu kasi pencemaran bunyi malam-malam dengan merempit tak tentu hala?

Kesimpulannya,kita sesama manusia ni sama-sama tak sempurna.Jadi janganlah kita ni menilai orang membabi buta.Kalau tengok orang lain buat silap kau doa lah supaya dia tak buat lagi.supaya tak menyusahkan orang lain lagi.Apa kau ingat dengan mengutuk mencaci menghina sesuatu benda boleh berubah? Cakap perempuan yang mulut celupar tapi lelaki apa kurangnya.Eh,terhina pulak.tak sayang ni bukan marah tapi geram banyak sikit.

Tolonglah lelaki di luar sana,jangan pandang rendah sangat kat perempuan.Memang perempuan itu lemah dan banyak kekurangan.tapi kita sama-sama tampung lah.Dah tahu perempuan tu lemah jangan la kau kasi dia lagi lemah.Lagipun perempuan sekarang banyak yang dah berjaya kan? Banyak yang dah jadi businesswomen pun.Takde pulak saya dengar diorang bergantung harap kat lelaki untuk tolong diorang.Cuma kami perempuan ni harapkan sokongan dan dorongan saja.Itu dah cukup.

Saya hanya luahkan apa yang menurut saya betul.Harap dapat ambil sebagai pengajaran.tegur saya secara baik.saya akan terima.

Ok,.Assalamualaikum !