Tuesday, December 13, 2011

Jom kurangkan stress.Lebihkan senyuman. :)

Assalamualaikum.

weyh.korang tak bosan ke cuti-cuti ni?
Masa jenjalan kat muka buku aku ada tengok vid yang di post oleh kawan aku.

Aku rasa ramai yang dah tahu pasal mamat dalam video ni.Aku je lah yang ketinggalan.
Tak pe.Dah biasa.

Nama dia Mat Luthfi.Kalau korang tension tengok lah vid dia.At least boleh le senyum sikit.Dia ni macam critical thinking pun ada.

Rant on lagu cinta

Kalau aku pikir betul-betul,betul *banyak nye betul aku jugak apa yang dia cakap.Sekarang ni memang agak berlambak lirik lagu mengarut.Kita tak kisah pun pasal lirik lagu ni asalkan melodi best dan boleh nyanyi lagu tu kira ok lah kan?

Nah amik lagi video dia.

Typical local film/drama scene

Bukan semua cantik subjektif

Kalau nak tengok banyak lagi video dia,sila pergi ke youtube dan search mat luthfi.InsyaAllah keluar yea. :)

Tuesday, December 6, 2011

Suatu ketika

Assalamualaikum

Dulu aku ada pegi kem.Bukan kem sebarangan,kem sahsiah diri yea.ehem.Aku rasa aku dapat baiki diri aku sikit lepas join kem tu.Kenapa?

Ok,mula-mula sebab aku kena bangun pukul 4 pagi lagi untuk buat solat-solat sunat.Walaupun mamai dan tersengguk masa sembahyang alhamdulillah aku boleh habiskan.haha.Lepas tu kena bukak telinga luas-luas dengar tazkirah.Sebab teknologi moden,ustaz siap bukak video pasal kematian lagi.Ya Allah sumpah aku tak nak tengok untuk kali ke-2.Gerun aku.

Tapi itu untuk hari ke-2 sahaja.Hari ketiga tu,masa ustaz bagi tazkirah,aku terpaksa buat tahi mata.Sumpah tak tahan ngantuk.Siap landing lagi.Yang lain duk menyandar kat dinding je,aku yang lebih-lebih.Mujur tak sempat buat peta kat kapet masjid tuh.Astaghfirullahalazim..



Lepas tu,ada pulak ceramah kat dewan.Aku tak paham la,setiap ceramah mesti sebut pasal kes buang baby.Ye,aku paham.Penceramah nak kitorang jauhi zina.Tapi tak perlulah dalam setiap 6 ceramah sebut pasal tu.Tak mengapa,aku dengar juga dengan penuh tawadhuk.Penceramah cakap bercinta ni takde pekdah nye.Betul ke? betullah.Ape tak betul nye.Membazir masa dan tenaga je.

Aku selalu TERtengok pasangan kapel main komen-komen kat facebook.Euww,tolonglah.Geli anak tekak aku baca.

Penceramah juga cakap.main SMS dengan yang berlainan jantina itu sudah menghampiri zina.Kenapa yea?

Mula-mula saya awak
Kenal-kenal dulu
Lepas tu I,U
Jom pegi lebih jauh
Sayang.baby
Tak cukup lagi tu
Jom pegi jauh lagi
ok.mama papa(euww)
masa ni lah berlaku sexphone.
Tapi ada yang lebih advanced
Belum apa-apa lagi dah gila meroyan.

Macam mana lah kalau mak bapak diorang terbaca SMS tu.Mau nye sakit jantung.Tak usah le bercinta.Sebab bercinta selalu disertai nafsu dan makhluk ke-3(syaitan).Kalau memang gatal sangat,kahwin terus lah.Lagi senang.

Duduk renggang-renggang.Bertambah sayang.ewah


Tapi aku pun boleh tahan gatal jugak.Boleh pulak aku minat kat sorang mamat yang ada di kem tuh.Aku minat je k.=,=.Sape suruh muka dia comel sangat.Baik pulak tu.

Astaghfirullahazim.Insaf-insaf la wahai diri sendiri.




Saturday, December 3, 2011

Bertudung tak semestinya baik? Jom baca ni :)

Assalamualaikum.

Aku selalu dengar statement yang macam kat atas tuh.Ok,statement tu betol.Tapi yang tu belakang kira.Jom baca ni.Aku share aje tau.Aku memang suka share.Sharing is caring kan? hehe.Tapi aku olah le cikit.

Bertudung tu benda wajib kan?
Ha'ah.memang wajib.

Kalau tak bertudung dapat dosa kan?
Kalau bertudung dapat pahala kan?
Betul tak?
Mestilah betol.

Islam menyuruh umatnya memakai tudung hingga menutup dada supaya tak menaikkan nafsu orang yang menengok.

Tentang baik tak baik perangai si pemakai,
itu belakang kira.
Yang penting.tutup aurat tu wajib.
Ikut dapat pahala tak ikut dapat dosa.

Kenapa mesti keluar statement perempuan bertudung tak semestinya baik? dan perempuan tak bertudung tak semestinya jahat?
Macam aku cakap tadi,itu belakang kira.

Macam mana kalau orang yang baru niat nak pakai tudung,
lepas tu baca statement tu?
Elok-elok niat nak pakai tudung terus terbatal kan?

Korang dapat ape?
Dah la tak pakai tudung dapat satu dosa.
Lepas tu menggagalkan pulak niat orang yang nak bertudung,
Ok,dapat lagi satu dosa.
Bertambah-tambah dosa.
Suka yea kumpul dosa?
tudung simple pun takpe,asalkan bertudung :)

Kepada perempuan yang kononnye tak dapat hidayah tu,
suka hati korang lah,
tapi tak perlu la nak hasut orang lain supaya ikut jejak kau
dengan buat statement macam tu.
Berdosa tau tak?
Tu kira mempermainkan hukum Allah.

Makhluk ape yang mempermainkan hukum Allah?
Syaitan?
haa..bteollah tu.
Syaitan mempersoalkan hukum Allah supaya umat Islam sesat kan?
Korang nak jadi macam syaitan ke?
Pikir-pikir kan lah.

Kalau tak nak bertudung,tolong jangan hasut orang lain.
Ok,jangan sentap,marah atau boikot aku.
Aku cuma kongsi benda baik.Nak ikut,alhamdulillah.
Tak nak,nauzubillah.

Ok,daaa~~ Assalamualaikum!

Thursday, December 1, 2011

Boy is meant for Girl & the other way round.




Assalamualaikum

Penah baca novel Teman Serumah? Penah?Bagus bagus.Yang tak penah tunggu apa lagi,dapatkanlah sekarang.ewah.macam promo je.Aku ada benda menarik nak kongsi nih.Jom baca sama-sama.

Boy: I need someone to talk to.
Girl: I'm always here for you.
Boy: I know.
Girl: What's wrong?
Boy: I like her so much.
Girl: Talk to her.
Boy: I dont know.She won't ever like me.
Girl: Dont say that...you're amazing.
Boy: I just want her to know how i feel.
Girl: Then tell her.
Boy: She won't like me.
Girl: How do you know that?
Boy: I cant just tell her...
Girl: Well,just tell her.
Boy: What should i say?
Girl: Tell her how much you love her.
Boy: I tell her daily.
Girl: What do you mean?
Boy: I'm always with her..I love her.
Girl: I know how you feel.I have the same problem...but he'll never like me.
Boy: Wait..who do you like?
Girl: Oh..some boy..
Boy: Oh..she won't like me either.
Girl: She does.
Boy: How do you know?
Girl: Because who wouldn't like you?
Boy: You.
Girl: You're wrong.I love you.
Boy: I love you too.
Girl: So,are you going to talk to her?
Boy: I just did.

Ok,kesimpulannya,korang kena berterus terang.Mana nak tahu kalau tak cuba.Kesian si boy tuh,ingatkan si girl tak suka dia.Rupa-rupa nya suka sama suka.

Tunggu apa lagi? 3,2,1 action!

Daaaaa~~