Saturday, April 8, 2017

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Ye ke? Okay mungkin la bagi korang betulkan. Tapi bagi aku 50% betul 50% salah. Okay mungkin aku je pikir pelik kat sini.

Tak kenal maka tak cinta, dah kenal jadi makin tak suka. Rileks guys. Aku pun rasa ada something wrong ngan aku. Biasanya orang kalau dah kenal lama-lama, tahu baik buruk kawan tu, so ko cuba untuk terima dia seadanya. Kan? Tapi bagi aku kalau dah tahu buruk dia tu memang aku takleh terima.Ok biasalah mana ada manusia perfect cam malaikat kan? Aku pun banyak kekurangan diri aku, so aku tak sepatutnya judge orang kan. Aku bila berkawan, aku okay lagi bila tahu buruk dia tu, yang ak tak tahan bila perangai buruk dia tu konsisten sangat dan aku macam takleh tutup mata pekakkan telinga. Sepanjang aku hidup ni (baru 22 tahun) aku dah boleh tahu perangai kawan camne yang aku paling benci.

Firstly, berlagak. Aku paling pantang kalau dia jawab atau teka betol sesuatu benda tu dia cakap "haa betul kan aku cakap", "kan aku dah cakap ko tak caye". Seriously guys, kot ye pon kau jawab betul tak payah la cakap macam tu. Kawan ko tu akan automatically acknowledge kau. kau cakap camtu nak dapatkan pengiktirafan orang ke apa? Pehh. Pastu kalau study last minute pastu dapat jawab kuiz bangga gila bagitau aku, Kejadah?

Ok second. Kawan tu sangat licik. Licik ni bagos gak sebenarnya waktu ko nak melepaskan diri dari masalah. Tapi agak- agak laa kalau nak buat alasan pon. Dah trang tang tang ko tak tahu benda tu, tak payah la bagi alasan bagai. Cakap je tak tahu apa masalhnya. Malu? Haa tu tak termasuk lagi yang curi jawapan orang. Pernah tak bila lect tanya soalan dalam kelas pastu ko dah dengar orang lain jawab, tapi kawan ko pon rasa orang belakang jawab betol, then dia bagitau balik ko jawapan tu. Dengan harapan kau tahu yang dia bleh jawab benda tu. peh peh

Ok next, jenis yang suka sembahyang lewat. Nak g kelas pon asyik kena kejut. Bab sembahyang lewat tu mujur ada rumate  yang baik yang tiap-tiap hari kejutkan dia. Aku memang tak kuasa la nak kejutkan tiap-tiap hari. Bagi aku, ko dah besar, ko bleh pikir tanggungjawab ko, ko handle la sendiri. Bukan nye budak kecik pon nak kena remind, kejut bagai. Pulak tu, dia set je alarm, dia sedar je tapi sengaja tak nak bangun. Yang rumate tolong kejutkan pon dia bukan bangun. Kesimpulannya aku tak tahu bila masa dia bangun subuh. Ok husnudzon, mungkin dia bangun sebelum subuh lagi pastu tak tido- tido dah. Bukannya ada sleep disorder ke apa. Bab kelas tak yah cakap la. Memang sengaja nak gi lewat. Kadang-kadang kalau tutorial memang tak gi. Pastu kalau lect suruh buat pape, mula la tak tahu, tanya orang sana sini. Au kalau yang dia sengaja tak nak datang tu, bukan sebab sakit ke apa memang aku tak kesian langsung. Kalau ada benda penting lect cakap masa dia ponteng tu memang aku takkan bagitau dia. Geram jugak kekadang. Sembahyang lewat, kelas lewat tapi kalau bab outing cepat je. Tak paham gak manusia ni kekadang. Takexpect pon dia sembahyang awal but at least bukan di hujung-hujung waktu. Haih.

Aku bukan taknak cakap kat dia. Tapi kalau aku cakap memang aku sindir habis-habis la. So ko tahu aku sekarang ngan dia camne? aku dah kurang cakap ngn dia tapi kitorang still in good term. Payahnya ya Tuhan nak sabar nge orang yang banyak prangai dia aku tak suka. And you know what?Dia mengaku je dia sembahnyang lewat, banyak tido sampai ke tengah hari tapi takde perubahan pon.Sedar gitu-gitu je la. Bab tido sampai pukul 3 petang tu pun aku tak suka gak. Bukan apa, aku rasa macam membazir masa. Banyak benda ko bleh buat masa tu daripada tidur je. Dah mati nanti tidurlah puas-puas.

Ok mungkin aku jenis suka cari salah orang. Sekarang ni kesimpulan aku, aku rasa aku tak patut kenal mendalam sangat seseorang tu, sebab makin lama kenal makin benci. Dan aku jenis tak pandai nak nasihat orang baik-baik. So kalau banyak sangat benda  yang aku tak berkenan ngan seseorang tu aku akan jadi lain. Tak semesra dulu and tak banyak cakap ngan dia. Aku risau kalau aku cakap putus kawan terus, sebab aku memang sindir sesedap rasa.
Ok tu je. Wassalam

Tuesday, April 12, 2016

Penat

Assalamualaikum

Lamanya hai tak update blog. Sekarang aku tengah study kat uia, kos pharmacy. Emm bukan nak cakap apa, tapi siyes penat. Ni pun aku ada masa nak tulis blog sebab turn aku buat experiment esok.

kalau dulu orang cakap tak payah la amik farmasi sebab susah, penat. Tapi aku degil. Sekarang aku menyesal. Ceh tak baik menyesal. Bukan apa, penat sangat. Kelas kalau tak habis pukul 5 tak sah. Aku ni 2 hari seminggu kelas habis pukul 7.Tak tahu la kalau korang amik farmasi jugak tapi kelas kau habis 9 malam ke. Tak taulah. kalau ye memang aku tabik hormat!! Mana tak penatnya. Orang dah siap mandi nak semayang maghrib kau baru balik kelas, beli makanan. Pendek kata hidup dalam dalam lecture hall je seharian.

Haaa satu lagi pasal kuiz. Sekarang seminggu 3 kali kuiz. Tiap-tiap minggu. Ada tu 2 kuiz dalam satu hari. Memang kelaut la kau study, kau sempat stdy untuk yang first kuiz je. dahla banyak kena study. MasyaAllah. Practical toksah cakap, tiap-tiap minggu ada, beserta report ha. Kadang-kadang rasa nak abdikan hidup dengan belajar je. Hahah. Pahtu masa final exam memang nak jadi separuh gila. Masa tu la kau nak study semua, dengan study week nya ada exam jugak. Bila nak revise nyaaaa. Aku kalau final exam memang sah-sah jerawat naik 4-5 ketul.

Aku kalau stress memang selalu rasa nak mengadu kat mak ayah aku. Punyalah tunggu habeh kelas duk pikir nak mengadu apa nanti. Tapi bila balik bilik, call mak ayah dengar suara diorang semua benda tu tak keluar. rinduuu. Automatik mengalir air mata ni ha. Yeah call me spoiled brat. Aku rasa tenang pulak bila dengar suara diorang. Rasa dekat. Dan aku tak rasa diorang patut tahu susah aku. Tak payah nak bagi diorang risau. Biar aku je tanggung. Kita kan ada Allah. ;)

Tapi tu la, kalau kau nak masuk jugak farmasi ni pastikan kau pandai urus masa, kau genius,bijak, pandai. Kalau tak pun takpe, tapi jadi macam aku la,susah sikit. Hahaha. Tapi boleh je setakat nak cukup makan. Usaha tu kena ada. Ok lah, jumpa lagi. Assalamualaikum


Saturday, May 9, 2015

Interview Degree Pharmacy UIA



Assalamualaikum

so yess..seperti tajuk yang tertera di atas, aku nak kongsi interview pharmacy kt uia. Interview ni sebab nak tengok kebolehan kita bercakap katanya KATANYAA. Dan nak tengok passion kita dengan kos yang kita pilih. So basically, interview ni hanyalah untuk kos pharmacy, dentistry, medic, allied dan kos-kos berkaitan medic yang lain. Nursing pun. Tapi pharmacy yang akan di interview dulu, medic and dentistry lastt. Yang lain aku tak tahu sebab yang lain kat pj dan aku kat gambang. Berita tak sampai. Haha cakap macam duk zaman batu.

Oh ya sebelum aku masuk pasal soalan-soalan tu meh aku cerita mukaddimah sikit. Haa mesti korang kecewa kan sebab satu-satunya sebab korang bukak blog ni sebab nak tengok soalan-soalan spot kan, tup-tup benda lain pulak yang berjela..sabar ya sabar. baca dulu...

So, nak dijadikan cerita antara syarat-syarat yang melayakkan kau amik borang interview untuk 3 courses ni ialah wajib pointer 3.5 dan ke atas. Sesape yang rendah daripada tu digalakkan amik borang interview allied. Yang pointer 3.5 dan 3.6 camtu pun dinasihatkan amik borang allied sebab takot pointer tu turun. Jangan ingat sonang yo  kos ni..Pointer kena jaga. Sobs

Tapi kalau kos allied, nursing semua tu kalau pointer kau tinggi kau boleh apply medic, pmacy or dentistry!! Serunuk takkk?

reallyyyy??**

Mula-mula benda ni akan ada briefing lebih kurang 2 minggu sebelum hari interview tu. Orang dari pj akan datang untuk bagi pencerahan. giteww. Dan masa ni jugak dia akan bagi borang. Borang tu kaler lain-lain ikut kos. Jangan ko salah amik pulak labu.

Dh nak dekat hari interview tu aku ada jugak usha-usha blog senior. Yelah aku pun cam korang gak nak usha soalan spot. Tapi blog yang aku jumpa banyak pasal interview medic. So takpelah. Aku redha. Lagipun soalan dia lebih kurang je. Korang patut bersyukur tau sebab aku ni baik nak share ngan korang. (gila pujian)

Nak dekat-dekat hari interview nama kau pun keluarlah. Cek lah kau boleh panel brapa. Aku punya nama first hoii. Takleh nak usha soalan-soalan orang sebelum aku.

like seriously i'm the first one??
So benda yang korang nanti-nantikan..soalan intervieww!!

Sebenarnya dia lebih kurang je dengan kos lain. Ni antara soalannya..and aku tak provide jawapan tau..pandai-pandai lah korang.Alah korang memang pandai apee

1. Introduce yourself

2.why u choose this course?

3.Do u know what are the subjects u will be taking in degree?

5.Hows that subject differ with medic subject?

6.In degree, the lecture will be from morning to evening, what do you think about that?

7.Do u play sport? What kind of sport?

8.Do u ever did group work with non malay? What do u think about it?

9.Where do you find pharmacist?

10. Do u involve in any co-curriculum activities?

Ada lagi soalan rasanya tapi aku tak berapa ingat.Antara soalan yang kawan aku dapat:

-dah ad yg punya?

-kahwin masa belajar

-case study. tak ingat apa soalannya

Dan banyak lagi lah. Suka hati diorang je nak tanya apa.Yang kena provoke pun ado. Korang kena rileks ye. Senyummm je masa interview tu.Bagi aura positive sikit. InsyaAllah boleh! Buat yang terbaik. Hiyak 3x !!

Assalamualaikum

Feel free to ask me anything :)








Sunday, April 12, 2015

Pernah tak

Assalamualaikum

Pernah tak kau bangun pagi, kau rasa dada kau sesak sebab kau teringakan mak ayah?
Pernah tak kau nak tidur tapi wajah mak ayah kau berlegar-legar dalam kepala kau?
Pernah tak masa kau tengah berdoa lepas sembahyang, tiba-tiba kau menangis sayu teringatkan kesihatan mak ayah kau, dah makan ke, harini buat apa?
Pernah tak masa kau bukak buku kau teringat harini aku dah telefon mak ayah ke?
Pernah tak kau rasa kenapa kau perlu belajar jauh-jauh tapi pada masa yang sama kau tinggalkan mak ayah kau di kampung?
Pernah tak kau demam sebab sentiasa pikirkan mak ayah kau?

Aku rindu. Bila aku duduk jauh daripada mereka baru aku rasa menyesal. Menyesal sebab tak hargai masa aku bersama mereka dulu.

Aku hanya mampu berdoa, semoga Allah panjangkan umur ibu bapa kita, kurniakan mereka kesihatan yang baik dan aku harap sangat aku dapat berjumpa mereka buat kali terakhir sebelum mereka pergi..

Thursday, March 19, 2015

Dengki

Assalamualaikum.

Yeay sekarang dah masuk sem 3, which is the last sem. horay! But so much things to do...
Really need to manage time very well or else everything will be wrong and we don't want that to happen kann

So sekarang aku rasa energy macam dah depleted. One of reasons maybe i miss home and of course my parents. Do you guys ever that feeling 'meroyan' bila lama tak balik rumah. I'm not thinking straight right now. many things slipped out of my mind and i can't focus. So next week i'm going homeee.. Yeay. Dah kenapa benda tu pun nak share kat blog.

Kadang-kadang rasa takut jugak, sebab aku ni baru foundation,belum lagi degree. And I have to face the same situation again for about 4 years. I mean not just about missing home, but to face all assignments and all,.you know.. But to think again, others can survive and do well, ak pun boleh buat kan? InsyaAllah.

And aku rasa sepanjang aku study ni tipulah kalau aku cakap aku happy je bila kawan aku dapat excellent marks for quizzes, exam and all that stuff. Tak baik kan aku. Aku selalu pikir kenapalah aku jadi macam ni. Sangat tak best. Rasa macam busuk nya dalaman aku. Bukan aku tak try nak happy with their success, but that only happens for a short time. Bila diorang dapat excellent marks untuk yang lain, aku jadi jeles balik.

So how to overcome this guyss?? Aku rasa macam kawan yang jahat tahap petala ke 8 cause i'm supposed to be happy for them. Kalau dengki tu boleh menyebabkan aku usaha lagi kuat takpe lah jugak, but the problem is aku rasa macam lagi takde semangat, sebab aku pikir aku kurang pandai. sobs. :(

So guyss any suggestion to reduce this 'kedengkian'?

Saturday, September 20, 2014

I'm not good with this..

Assalamualaikum.

Dah dekat hujung-hujung ni sem banyak la pulak benda kan. Assignment, projek, test, final..hmmm..letih otak. Nama pun jihad kan. Kalau x de cabaran jihad ke namanya. Husnudzon..

Malam ni sayu sikit. Biaselah masalah budak remaja ngan kawan-kawan. Alaa itu pun nak kecoh meknis ni.

Aku pernah join society dan pernah jadi ketua. dan aku rasa aku tak layak jadi ketua. Aku takkan offer diri jadi ketua dalam mana-mana group or discuussion. Because i know that i'm not qualified enough. Its up to them whether they consider me as a leader but kalau aku kurang ciri-ciri yang kau harapkan itu kau punya pasal cause i told you earlier that i dont want. I'm more comfortable to be a follower. Mungkin sebab aku ni penakut. Takut nak galas tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai dai kepada diri sendiri pun hancur lagi.

And one more,IF YOU ASKED FOR SOMEONE's OPINION PLEASE SHOW SOME RESPECT. Namapak tak marah kat situ. Actually it really did hurts inside. Dont ask for others' opinion if you cant accept them. Just dont. It wont be the same anymore, friends. Not because of grudge, but  it will remain, the scars will be there. Pernah tak ada orang tanya pendapat korang pasal assignment contohnya, pastu korang bagi pandangan yang sejujurnya ( dengan bahasa sopan lagi ), pastu diorang cakap''do it yourself then.''

Aku tak paksa pun diorang buat, aku cakap kalau rajin buat lah. Then diorang nak buat. Benda tu dah okei pun,cuma kalau nak cantik renovate sikit lah. Pastu merungut. Mungkin salah aku jugak sebab macam tak hargai usaha diorang. But heyy you asked for my opinion. Dan aku memang cerewet. Bukan apa, aku suka benda yang simple dan tak serabut. Jadi bila aku tengok benda-benda yang aku tak berkenan aku terus terang lah. Its hard to deal with humannnn bcause their mouth and heart said different things!

Thanks sebab bagi aku satu pengajaran harini. Being a leader is not so bad but it is a disaster for me. But of course depend pada anak buah jugak.

Aku tak paham kenapa aku perlu tulis benda ni. Geram sebenarnya. Korang, please appreciate eh orang punya opinion. :)

assalamualaikum

*kalau marah/geram memang akan terspeaking.

Monday, August 25, 2014

Perkembangan Statik.

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum

Lama betul tak menghupdate blog. Maklum lah hidup sebagai seorang pelajar sangat busy. Projek assignment mahallah work sering menjadi rencah dalam hidupku. Kadang-kadang rasa sangat fedup,penat tapi demi masa depan ku gagahkan jua.Dah kenapa ayat jadi sebegini rupa.

Baiklah,sejak adik-adik comel masuk CFS IIUM Gambang ni, hakak mendapati suasana di sini semakin meriah.Meriah kerana abang-abang 2nd year suka mengusik adik-adik. Tapi hakak paham la kenapa. Diminta kepada brothers 2nd year yang tetiba sesat ke blogku supaya behaveee. Jange galok sangat deh.

Satu lagi, adik-adik anak soleh adik-adik serba boleh,akak nasihatkan kalau boleh adik-adik join la mana -mana persatuan kat sini. Medcy ke,FSCC,MRC insyaAllah adik-adik akan beroleh pengalaman yang best sangat. Takde lah 24 jam ngan buku. Pastu kalau ada event apa-apa turunlah support kerana support anda amat berharga. Hakak sem lepas ahli FSCC giteww pastu akak resign sebab sem ni hakak malas nak naik turun tangga tingkat 5 ni untuk pergi meeting. Mintak tolong jangan contohi hakak ye. Tapi siyes best kalau korang aktif tapi pointer jangan kelaut sudah.

Barita gembira nya pada tahun ni aku dapat 2 orang anak buah.Sorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi yang sedih sikit, baby perempuan tu ada komplikasi. Anal Atresia. Korang tahu apa tu? Google sekarangg.Pembedahan akan dibuat masa umur dia 1 tahun. Buat masa sekarang najis dia kena buang ikut tiub. Susu pun dia tak boleh minum lagi sebab ada jangkitan dekat tempat pembedahan tu. Sedih anak sedara jadi macam tu. Mak ayah dia mestilah berpoloh kali ganda sedih kan.Tapi nangis macam mana pun benda tak boleh nak buat apa. Ujian berat untuk hambanya yang kuat kan? :)

Ohh satu lagi. 3 orang bestfren aku masa kat sekolah dulu nak sambung belajar overseas.2 orang kat Mesir sorang lagi kat Indon. Semua amik medic. Semua nak tinggal aku. Best sangat ke duk overseas? Apa kurangnya belajar kat Malaysia? Kalau nak tengok negara orang lepas kerja pun boleh pegi ape.Lagi ok sebab guna duit sendiri tak payah menyusahkan mak ayah nak supply. Life is too short to study overseas. Kejam kan ayat aku? Maaf kepada awak-awak yang terasa. Sedih sebenarnya diorang nak pegi jauh-jauh sebab nanti mesti susah nak balik sini. Bila lah dapat berkumpul semula kan.

Jumpa lagi.