Wednesday, March 13, 2013

Tips Kurangkan Rabun.

Assalamualaikum!

Rasa-rasanya ramai yang dah tahu.Tapi tak pe lah,sekadar nak berkongsi je.Terlebih dahulu saya nak kasitau saya ni rabun sejak sekolah rendah lagi.Sebabnya tengok tv dekat sangat dengan screen dulu.Mak dah banyak kali cakap suruh tengok jauh-jauh tapi saya degil.Rasakan bahananya.Betullah tu orang cakap kalau mak kita cakap banyak kali benda tu akan jadi betul-betul.

Sekarang padan muka dah rabun.Power pulak dah 500+.Dah jadi ni baru nak menyesal.Tapi sayang masa tak boleh diundur.Redha ajelah.Saya spesis pakai spek sebab tak ada keberanian lagi nak pakai lense.Kadang-kadang keluar rumah tak pakai spek sebab kalau panas jadi berpeluh dan berminyak kat tengah-tengah antara mata tu.Sangat serabut.Tudung pun jadi gedebak je.Dah la saya spesis pakai tudung muncung kat atas.

Jadi baru tadi je saya survey pasal tips-tips kurangkan rabun ni.Sebenarnya banyak.Tak tahu la berkesan ke tak sebab saya pun belum cuba.Kalau korang rasa agak logik,praktikal dan boleh dipercayai korang try lah.


  • Masa ambil wudhuk jangan tutup mata.Biar air wudhuk tu masuk mata kita.Ramai yang try cara ni dan diorang cakap berkesan.Power diorang jadi turun.InsyaAllah.
  • Makan buah-buahan warna oren macam carrot ke betik ke tomato ke tapi bukan citrus macam limau.Suka hatilah nak ratah ke buat jus ke asalkan masuk dalam perut.Carrot ada beta carotene yang baik untuk mata.Tapi saya penah baca majalh dulu,doktor tu cakap khasiat carrot tak ada kena mengena dengan mata.Saya pun tak tahu.Try aje lah.
  • Ada yang suggest minum air rebusan sawi atau bunga mawar.
  • Jangan membaca kat tempat yang gelap atau tak cukup cahaya lampu.Tak payah nak romantik sangat lah baca dalm gelap.Kesian mata tu.
  • Ada jugak yang cakap lepas bangun tidur tengok benda-benda hijau macam pokok terutamanya.Baru segar mata tu.
  • Cara lain ambil embun pagi pastu sapu kat mata sambil selawat.
  • Masa solat cuba fokuskan mata korang kat tempat sujud.Fokus betul-betul kat satu tempat sahaja.
  • Selain tu cuba kekalkan power mata korang.Kalaupun power tu dah bertambah jangan guna power yang baru.Pkai je spek yang sedia ada tu.Cara ni dia kata berkesan jugak sebab doktor yang suggest kat dia.Wallahualam
  • Pastu selalu kan lah urut-urut bahagian mata tu supaya lancar peredaran darah sekitar mata.Antara caranya pejam mata,letak jari telunjuk dan jari tengah kat atas kelopak mata.Tekan sikit lembut-lembut je tau.Boleh kurangkan regangan mata.
  • Kalau ikut cara orang tua dulu-dulu selalu baca al-Quran.InsyaAllah mata tu jadi ok.
  • Ambil supplement untuk mata


Itu je lah kot yang saya boleh kongsi.Kita ikhtiar je lah.Jadi tak jadi belakang kira.

Korang kalau ada cara yang lebih baik dan berkesan kongsi lah yerrr~!!!!

Assalamualaikum!

11 comments:

  1. Nice tips ya sis! ;) Saya akan try semuanya. Tq ^^,

    ReplyDelete
  2. skrg ni saya telah menambah power pada spec saya,adakah ia boleh mengurangkan power saya atau tidak

    ReplyDelete
  3. Lepas dah bace tips yg ke 8 tu rase menyesal buat spek baru tadi. Dahla power tambah bnyk dah 300+ dah. Saye harap tips2 ni berkesan. In sha Allah

    ReplyDelete
  4. saya pon nak trylah, dah lah dari darjah dua pakai speks, skrg power dar 450+. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. saya nak cube la petua ni..

    ReplyDelete
  6. Me too...sy pon rse nk try la tips ni..mne la tauu berkesan ke..insyaallah.. btw, thnks about this tips..sngt2 berguna..sy pon bru je drjah 6 dan sikit lagi nak masuk form 1, dan power spec bertmbah jdi 500..wow! Bila org2 dewasa dengar pasal tu, diorang sngat terkejut sebb budak sekolah rendah pon boleh jdi mcm ni.. nyesal sngat tak dengar ckp ibu awal2 hritu

    ReplyDelete
  7. Ooh...time kasih ats tips tu....saye rabun dari drjah 2 dan skung nie saye ting.3....skung niey rabun saye dah 800+

    ReplyDelete
  8. Sya baru pakai lens. baru 3 hari. stiap sejap sy akan check mata kat cermin pastu bru perasan macm ad merah2 kat tepi mata. rasenya kurang oksigen. n sy stop dulu. insyaAllah sy cba cara yg akak ajar. Tq

    ReplyDelete
  9. saya pon sedih sngat .. saya mula pkai spec masa darjah 2 dan skang saya dah tingkatan 3 nak msuk form 4 dah .. power saya dah 700+ .. nyesal sangat.. tq untok tips ni saye pasti cube..

    ReplyDelete
  10. Meh try supplemen BEST untuk orang rabun

    http://azyyatiliah.blogspot.com/2014/12/tips-turunkan-power-rabun-mata.html

    ReplyDelete

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)