Wednesday, April 17, 2013

Interview JPA-MARA

Assalamualaikum.

Semangat je nak kongsi malam-malam ni walaupun letih sebab baru balik dari Besut,Terengganu untuk share interview JPA-MARA.Adik -adik yang nak mintak scholarship nanti boleh baca ni kot-kot nak ambil tips atau tambah pengetahuan ke.Haha

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut saya nak bagitau yang aim atau target saya memang nak belajar kat Malaysia sahaja.Tapi saya menggedik jugak nak apply for MARA scholarship.Nak test try ler boleh ke tak.Hahah.Alhamdulillah dapat.Sebenarnya tak berharap sangat pun.Dekat 10 kali pikir jugak lah nak pergi ke tak interview.Pastu abah cakap,kalu nak pengalaman pergi lah.Kalau tak,tak dapatlah pengalaman tu.Jadi demi untuk mendapatkan pengalaman saya pergi jugak.Pengalaman pertama pulak tu.

Kenapa JPA-MARA ? Bukan MARA sahaja ? Sebenarnya bila saya buka laman web MARA,ada dua scholarship yang ditawarkan.Satu JPA-MARA dan satu lagi MARA sahaja.So saya try lah bukak yang MARA sahaja.Bukak-bukak tu tengok takde pun course pergigian atau farmasi yang saya berminat.Pastu bukak kat JPA-MARA,mula-mula lagi ada course pergigian tapi takde farmasi.Terus saya apply yang JPA-MARA punya.

Kelmarin,kawan saya baru bagitau yang MARA pun ada scholarship untuk pergigian dan farmasi.Tapi kenapa saya tak jumpa???!!! Tengok balik.Ada la sikit pergaduhan kecil dengan kawan tu untuk mempertahankan 'kebenaran' saya.Tengok punya tengok,cari punya cari,rupa-rupanya saya tak scroll ke bawah.Padahal banyak lagi kat bawah tu.Pastu mulalah rasa,BANGANGNYE AKUUU!!!!



Baiklah,yang berlalu biarkan ia berlalu.Nasi dah jadi bubur.Menyesal tiada gunanya.

Baiklah,hari interview JPA-MARA (hari ni ) takde la ramai orang sangat.Maybe yang apply MARA sahaja ramai,sebab dengar-dengar sampai 5000 jugak kat Malaysia ni.Sebab tu MARA punya ada IQ test,sape yang lulus baru boleh di interview.Soalan IQ tu dengar-dengar kata tak susah sangat.Ada bahagian objektif dan ada bahagian esei.Objektif tu 50 BI dan 50 BM.Bi susah jugak tapi BM cam lawak sebab antara soalan dia ialah Mary ada tiga adik beradik,yang sulung nama Marie,yang kedua nama Maria dan apakah nama yang ketiga? Lebih kureng lah..hahah

Pakaian saya mestilah baju kurung.Itulah yang paling sesuai.Kena sampai awal kat sana sebaiknya setengah jam sebelum pendaftaran..Sebelum bertolak tu pastikan fail anda yang ada sijil-sijil,dan barangan lain tu dibawa yea.Kang tertinggal kang jadi satu masalah pulak.Dengan berdebar nak interviewnye,dengan tertinggal fail nye,mesti rasa macam its the end of the world.!!.So adik-adik kelak prepare awal-awal,letak dalam beg siap-siap.

Saya kena interview dalam kumpulan.Saya kumpulan 2.dalam group saya sepatutnya ada 7 orang tapi sorang tak hadir,jadi 6 je lah kan.2 lelaki dan 3 perempuan.Kami takde la mesra sangat pun,setakat berbual sikit-sikit tu boleh la.kami kena sentiasa bergerak dalam kumpulan.Masuk je bilik interview kena bagi salam ( saya bagi salam tapi tak tahu panel dengar ke tak sebab rasa macam perlahan sangat,,haha ) Pastu duduk dengan tegak dan sopan sesopannya.Jangan duduk sambil lewa,macam x serius jer ( walaupun saya memang tak berapa serius pasal interview ni ,kuikuikui)

Interview ni ada 3 sections.Maknanya ada 3 bilik yang kitorang kena pergi.Setiap section ambil masa lebih kurang sejam.Setiap section ada 2 orang panel,sorang lelaki dan sorang lagi perempuan.Semuanya professor tahu?

1st section.

Group saya kena buat BI presentation.Masa tu memang berpeluh jugak la ketiak sebab saya tak berapa reti speaking dan tak suka buat presentation.Padan muka kau Anis.Hahah

Dan anda tahu,kami semua berdebar,saya dapat tengok la melalui air muka diorang kan.Cer cakap sape tak berdebar bila kena interview for the first time?? Sampaikan saya dapat dengar pernafasan budak lelaki yang duk sebelah saya.Kenmain kuat lagi.Tarik nafas,hembus..tarik lagi..hahah..begitu agaknye

Tajuk presentation ialah berkaitan self belonging.dan kami kena bincang pasal PETRONAS  punya.Masa tu agak lawak sebab kebanyakan kami tak paham lagsung menatang apa maksud tu.Camne nak fikir point kalau  tajuk pun tak jelas?? Masa tu jugak dapat tengok siapa yang benar-benar nakkan scholarship ni.Kami kena bincang kuat-kuat supaya interviewer tu dapat dengar.Ada la yang tunjuk bakat,skill masing-masing bagi sumbangan idea.Saya pulak macam..errr...apa ni??? Fikir Anis fikirrr...erghhh...

Member dalam group asyik-asyik tanya pendapat saya.Mungkin saya senyap kot.Hahha.Takpe,korang nak overshadow pun takpe,saya tak kisah.Dah memang niat nak cari pengalaman je pun kan.

Pastu dia suruh tulis dalam kertas major,pastu present sorang-sorang.Terpakslah present walaupun benci sebenci bencinya.Orang lain present dekat 2 minit,saya present tak sampai seminit.Well done Anis!! Haha

Lepas siap present,bangun,salam dengan panel perempuan and say thank you.

Kalau korang serius nakkan scholarship ni sila jadi seorang yang banyak cakap dan banyak sumbang idea.Tapi janganlah sampai orang lain tak boleh nak celah.Nanti tak pasal-pasal orang menyampah.

2nd section.

Masa ni agak sempoi sebab interviewer pun sempoi dan soalan pun sempoi,bahasa jugak sempoi.Seksyen ni lebih kepada pengetahuan am.Pasal course yang kitorang pilih,pasal ibu negeri perlis.pasal nama tempat kat sabah dan sarawak(setiap orang kena bagi jawapan lain-lain),pasal Dr Mahathir (mujur saya sempat baca ) ,semangat patriotisme,banyak lagi lah kalau nak tulis satu-satu.Ada soalan mengarut.Suka hati dia je nak tanya.Ntah pape.Mereka para interviewer ini selalu memprovok kita.Tapi kena relaks lah.

Kalau interviewer cakap BM korang jangan menggedik nak speaking.Kalau tak memang kene ah.Member grup saya yang kene sebenarnya.kihkih.Tak baik gelakkan orang,Anis!.

Dan apa yang saya perasan jawapan yang saya bagi semuanya lain dari yang lain.Kenapa itu harus berlaku? Adakah saya seorang yang berfikiran pelik??Pedulikan

Lepas siap,bangun,salam dengan panel perempuan and say thank you.

3rd section

Masa ni sama dengan yang 1st section tapi presentation dibuat dalam BM.Rasa lega lah sikit.Kalau tak tergeliat lidah jugak.Masa ni semua tak semangat.Haus,kering tekak,lapar.mengantuk,semua ada.Haaha.Sampaikan interviewer pun perasan.Tapi perjuangan tetap juga diteruskan.cewahh.

Presentation BM lebih senang sebab berkaitan isu di sekeliling kita jer.

Lepas siap present,bangun,salam dengan panel perempuan and say thank you.

Lepas tu terus pergi makan dengan mak bapak.Hahaa.Walaupun saya rasa ntahpape je saya jawab tapi saya dah buat yang terbaik.Pengalaman itu yang saya cari.Sebab tu masa makan boleh sengih-sengih,senyum-senyum sebab dapat sesuatu berharga kan.Dapat scholarship ke tak belakang kira.Saya tak kisah langsung.Biarlah orang nak kata tak tahu hargai peluang ke tapi saya ada sebab saya sendiri.

Itu je lah kot nak share.Hihi..Assalamualaikum! :)










57 comments:

  1. Assalamualaikum. Sorry for interrupting. Akak, sy nk tanya, mcm mna akak apply untuk MARA-JPA ni? melalui lmn web mara ke? Thank you for your kind attention :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..ha'ah seingat akk apply mlalui laman web mara. :)

      Delete
    2. Akak, dkt details yg dia bg untuk medicine course bwh MARA-JPA, dia tulis kerjasama USM-KLE which is in India. So does that means yg if kita dpt that scholarship, we have to enroll into that u ke? Sorry byk tanya. Hehe Btw akak skrg tgh buat apa? Thank you akak :)

      Delete
    3. Alamakk..x pasti la yg tu.dlu x de pn collab mcm tu.mgkin la kot.medic mmg biasanya kt india.akk dlu mtk dntistry kt uk,tp bla dpat srat twaran ad 3 choice plk,aus,uk n mna ntah satu lg.x ingt dh..hee.skrg akk dkat cfs iium gmbang.

      Delete
  2. assalamualaikum :)
    ada orng kata tak boleh apply mara n jpa sekali, saya apply mara-jpa (sama mcm akk) and program engineering jpa..D:
    baca syarat semua okay je, tak melanggar peraturan. and baca dekat section 'frequently asked question', kata mara: tak boleh apply dua2, but satu je (mara or jpa) . and if kita try pun, system tu akan automatically tak bagi kita isi yg the next penaja.. but saya buat, boleh je.. minta opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..mmang sebenarnya bleh apply salah satu je.tapi kalau awk dah buat,n boleh je takde masalah kot.ad kes yg dia dapat 2-2,mara n jpa.tapi macam tak adil pulak kan,kesian orang lain yang nak tp x dapat..tu setakat yang akk tahu la..tp klau boleh isi 2-2 tu takpelah..teruskan :)

      Delete
  3. Terima kasih sb share pengalaman ye! :)

    ReplyDelete
  4. akak buat ujian psikometrik kat mana?

    ReplyDelete
  5. secara online ke? macam mana mara bagitahu.please bagi penerangan lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian tu utk yg mintak MARA shj,tp akk mtk yg JPA-MARA.jadi x de lah ujian tu.ad interview. Klau awk apply mara then dia sruh g intrview,baru awk akn buat test psiko tu.tmpat kt mna akn dbritahu dlm srat intrview tu.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum akak anis. esok saya nk kena gi interview jpa dkt sg petani. saya mmg tak prepare pun. lepas spm saya duk rumah mmg otak karat la jgk, haha. english pun xbrapa pandai speaking, bm krgn spm tu pun saya dah xbrapa ingat. sya pun xberharap boleh dpt scholarship tu. just nk cri pngalaman, akak boleh bg tips mcm mana akak jd brsmngt masa tu ? trima kasih, klau akak ada whatspp ni no saya 013-4421892-sabrina,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.sori lmbat reply komen!! Cmne interview? Ok?

      Delete
  8. assalamualaikum.. akak, saya nak minta pendapat akak ni. saya minta jpa and mara. time tu saje je main isi. sama mcm akak, nk try test dpt ke tak. lgpun oversea, mak sy tak de galakkan sgt. Tiba2 dpt pulak dua2.. skrg ni buntu nk pegi ke tak iv jpa 15/4 ni. sy paling takut kalau kena speaking. BI sy takde la pro mana. and 1 lg nak tanya akak, akak iv jpa ni utk dlm ngara atau luar ngara? kalau la katakan sy tak dpt luar ngara, kita ada pluang ke utk dpt jpa dlm ngara punya? thanks kak anis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..dik,pegi je..bla lg nk rsa di intrview kan..haha..x rugi pun klau pegi.yg akk mhon dlu utk luar ngara..klau x dpat ad je jpa dlm ngara.cntoh kan,akk skrg kt foundation uia,nnti msuk dgree kna apply jpa tu,tp pointer kna lpas la..maaf klau x mmbantu sngat,akk pn tahu sikit2 je..buat msa skrg pegi je intrview tu..gudluck!! Do your best.InsyaAllah Blehnye.:-)

      Delete
    2. thanks ye kak.. dah pi dah interview. best. kali ni ade game IQ. tu yg bestnya. hihii nk tanya lg, time asasi boleh minta jpa tak kak? and btul ke kalau jpa nk bg kita,dia akan bg kita kos skali? hmmm lg 1, kalau dpt twaran jpa tu, kita boleh tolak tak?
      sori kak byk tanya pulak... hihihii btw thanks krana mnjawab :))

      Delete
    3. Wah untungla korang ad game iq bagai..haha..msa assi x sure la bleh mtk jpa ke tak.tp biasanya asasi dpt biasuswa dri kpt.tp boleh je try usha scolar lain.and yes,kalau taknak boleh tolak . :)

      Delete
    4. ohh okay thanks kak anis :) yg akak iv oversea ni, akak dpt tak? kalau dpt, akak dpt kat mana and kos ape? and kalau la katakan kita kita tolak tawaran jpa atau mara, kena blacklist tak? maaf skali lg byk bertanya.

      Delete
    5. akk dpat kat uk,kos dentistry.pasal blacklist tu tak sure.sorii..hee

      Delete
  9. tapi kenapa sya isi mara n jpa sekali dapat jer.. ermmm konfius ni

    ReplyDelete
  10. Kakak blog ni helps a lot terima kasih ! (: Umm semua group kakak dapat ke or after interview ni ada lagi interview ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee same2..x tahu la semua dapat ke tak sbb kitorg x contact dh lpas i/v tu.tp ada la yang dapat.Tak,dia satu kali i/v je..

      Delete
  11. assalamualaikum kak.. nak tanya.. kakak aktif kk tak? bnyak masok pertandingan ke apa? n kakak punya result banyak a+ eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Msa skolah dlu x de lah aktif kk sngt pn..jwatn pn biasa2 je..spm dlu 7a+.. :-)

      Delete
  12. Salam akak. Akak, saye nak tanya. Saye pun kena iv for jpa - mara nanti. Tapi saye tak tau nak buat preparation apa. Boleh bagi tips tak nak kena baca and study apa? Susah tak iv dia? Saye baca pun cuak je. Saye pun bukan terer sgt speaking. And then, akak kan ada cerita yg akak minta scholarship for oversea kan. Akak pergi ke? Syarat for scholarship tu kena dapat pointer 3.5 ke atas ehh kak? Sorry byk sgt tanya. Tengah confuse :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. X,akk x pegi pn.apply jpa mara ni pn saje2 je..heheh..sbb akk mmg nk bljar dlm ngara je.tp tu lah kan,gedik jgk nk apply overseas.emm utk preparation baca la skit isu2 smasa skrg,pngetahuan am psal ngara kita ke,.pastu praktis la speaking bi dpan crmin skit.pastu pkir siap2 knapa awk apply course tu.sbb akk pnya iv dlu dia ad tnya.tgok jgak blog org lain kot2 diorg ad tips yang daebak. :-)

      Delete
  13. Jazakillah khair kak anis :)
    Tips yg berguna sekali

    ReplyDelete
  14. kakak ada buat ujian psikometrik tak sebelom pgi interview tu? sebab dlm surat twaran ada ckp plu bwa surat pengesahan ujian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pun ujian tu..x silap akk ujian tu untuk yang apply mara kan? Tp akk pnya yg jpa-mara..dia ad iv je..

      Delete
    2. thank u kak!! blog ni bnyk mmbantu

      Delete
  15. Assalamualaikum akak :)
    Thx di atas tips2 yg akak kongsikn. Minggu dpn sy pun ada iv MARA-JPA. Mintak akak doakn sy lulus iv ye....huhu :D

    ReplyDelete
  16. your group interview dpat ke semua ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sure la..sbb kitorg dh x cntact lpas iv tu.eheh

      Delete
  17. Kakak , JPA-MARA ni program utk org Melayu ja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sure la dik.soriii.tp masa akk g iv dlu nmpak mlayu je..

      Delete
  18. Asslm...saya ada mslh skit ni.mggu lps saya dah iv jpa engineering dan mmg kna buat ujian psikometri online...saya pun dpt jgk iv jpa-mara isnin ni...dan spatutnya kna buat ujian psikometri...tapi sistem online ujiannya sama dgn jpa engineering aritu and ada notis kt situ, yg ujian psikometri hanya boleh diambil sekali.....saya pening!.mntx pndangan akak n sape2 yg senasib atau tahu solusi trbaik....sob3

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum warahmatullah, kakak esok saya ada temuduga yang sama. Pagi tadi saya hadir temuduga PASUM, algamdulillah semasa perbincangan berbahasa inggeris saya boleh buat. Jadi esok pembentangan insyaallah saya boleh buat. Tetapi fakta tempatan saya tidak arif , fakta dan teori logik serta falsafah bolehlah. Kalau berkenaan memberi pendapat saya insyaallah ada banyak idea. Pada pendapat kakak , saya boleh diterima? Oh ya kakak nanti akan sambung pelajaran di universiti dan negara mana? Syukurlah ada orang yang prihatin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..insyaAllah boleh.Kalau ad rezeki tak ke mana kan.Buat yang terbaik je.akak blajar kt uia je.tak pegi luar negara pun. :)

      Delete
  20. Hakikatnya akak dpt tawaran tp akak tolak ya

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing. Alhmsulillah sy dah lps iv. Mcm mana nk semak keputusan ye? Online shj ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup online je.tp akk dlu dia ada call bgitau dapat.

      Delete
  22. kak,saye hari tue ad jgk pegi iv jpa-mara ny..mcm x bole lps je sbb saye x byk sgt ckp..cume time present tue saye ckp la..mse discuss ssh ckit nak ckp sbb ad yg mcm nak overshadow..mcm x bole dpt je kak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa x pe dik..yg pnting dah usaha.kalau ada rzeki dapat la.. :)

      Delete
    2. tulah kan..kalo ad rezeki dpt la..thanks kak..doakan la utk saye :)

      Delete
  23. akak da hbes foundation kat uia ke blom?akk amek foundation ap? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum,akak foundation 2 tahun.kos phrmacy.. :)

      Delete
    2. okay kak..good luck :D

      Delete
  24. kak,saye dah pegi iv untuk jpa-mara minngu lepas..then,die ckap keputusannyer 8mei..tapi,saye denga ade yg kate keputusan 8mei tu untuk pegi iv kali ke2 ,untuk jumpe pihak penaja,betulker?sebb iv aritu juz ade 3 sesi,which is iq test,bahas in bm,n case study..x der iv jumper sorang pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo mcam tu pulak..akk x pasti la..dia punya sistem dh lain ngn akk pnya dlu..soriii..tp klau lah btol ad iv yg kli kedua tu pegi je la :)

      Delete
  25. Akak dulu dpt keputusan berjaya tu agak2 bla ya kak

    ReplyDelete
  26. salam kak.hehe.nak tnya.biasanya result jpa-mara ni bla kluar ek? sama dgn yg mara @ jpa jgk ke?sbb jpa-mara kan lain dri yg lain..sy dgr biasanya akhir bulan.btol x ?

    ReplyDelete

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)