Friday, January 6, 2012

Backspace

Assalamualaikum!

Weyhh.korang sihat ke?ada yang kena taun tak masa musim banjir ni? hehee~



Aku nak jadi budak-budak balik.Takde masalah.Tak payah pikir apa-apa.Tak payah masak.Tak payah usaha banyak.Nak apa-apa mintak je kat mak bapak.Tapi boleh ke?

Korang hebat kalu boleh buat tu.

Tak dinafikan yea,baru awal tahun dah rasa stress.Apa ni?? Taknak la weyh jadi budak bakal SPM ni.Sakit otak aku.

Otak pikir 'tak pelah tak buat lagi homework ni.buat esok-esok je lah'

Lepastu 'tapi bertangguh kan tak baik.mesti ada homework lain pulak nanti.mesti kalut.mana nak ulangkaji lagi.nak hafal benda tu benda ni.dahlah aku SPM tahun ni'

Apa ni otak? Tak tetap pendirian langsung.Ops sorry,bukan otak tapi akal.

Tak cukup dengan tu,masalah subjek lagi.Seriously,aku taknak amik prinsip akaun tapi pihak sekolah paksa.Ape niiii??????

Aku budak sains k? Logik ke budak sains amik akaun? Dua cabang berbeza kan? Umpama jalan kiri dan jalan kanan.Lagipun aku tak bercita-cita langsung nak jadi akauntan dan yang sewaktu dengannya.

Please lah cikgu,dont make decision for me.I've the right to choose.Wats the point if I learn but I dont understand sepatah haram pun? Bukan tak try tapi dah setahun aku belajar,markah tak jugak nak dekat-dekat b.See?? bukan a tau,tapi b ! Apa guna belajar tapi tertekan? Kena paksa? Belajar kena seronok,bukan stress memanjang.

Btw,semoga hari-hari korang lebih happy daripada aku.

Assalamualaikum!


Sunday, January 1, 2012

Fashion Tuck in Shirt

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah keluar fesyen masuk baju dalam seluar atau skirt kan.? alaa..yang macam ni



Kali pertama tengok orang pakai macam ni aku pun rasa tergoda jugak.Rasa nak aje beli baju lengan tiga suku biar nampak sikit lengan aku,pastu beli seluar agak fit biar nampak bentuk paha betis dan bahagian lain pastu masuk baju dalam seluar kasi nampak punggung pastu beli tali pinggang kecik lilit kat pinggang.

Oleh sebab aku ni Islam dan aku belajar tentang hukum pakai pakaian menutup aurat yang macam mana aku takkan guna fesyen ni.

Eh,nampak apa kat belakang tu?

Kalau nak berfesyen biar berpada-pada lah wahai wanita Islam.Kalau nak guna jugak fesyen ni sampai hentak kaki segala bagai menangis melolong.Silakan.Tapi pakai la cardigan ke jaket ke kat luar tu supaya tutup kau punya aset.

Sekian.Assalamualaikum

p/s:Korang nak pakai ikut suka lah dosa korang tanggung kan.Sebagai orang Islam tak salah kan bagi nasihat ? :)

Tahun baru kalendar omputih.

Assalamualaikum

Nah.amik gambar sebijik dulu.

Ok.Aku tidak ubah seperti teddy di atas.Memakai spek dan menghadap skrin sekarang.Cuma spek aku lebih kecil skrin aku skrin komputer dan aku ialah manusia.

Pada pukul lapan dua puluh tujuh,satu haribulan satu dua ribu dua belas aku nak ucapkan selamat tahun baru mengikut kalendar omputih.Semoga tahun 2012 lebih bererti kepada kalian.

Bagi aku teramatlah bererti sebab aku kena say hi to SPM.Oh,hi SPM.

Jangan datang dekat aku la.OK,kau datang jugak akhirnya.

.Buku feveret budak-budak.

Tahun ni aku akan berusaha menjadi budak skema.Aku akan baca buku banyak-banyak sampai termuntah.Aku akan buat latihan banyak-banyak samapi tangan kebas.Percaya tak?Ok,semua tu tipu.Bukan jenis aku cenggitu.Kalau buat camtu boleh tahan paling lama 3 jam.Hebat kan?sila puji aku.

Hari ni aku pegi daftar sekolah.Aku dilantik jadi setiausaha yang aku tak penah jadi dan tak tahu satu habuk pun pasal tugas ni.

Amik buku teks beli buku tulis buat tangan aku menggigil.Perhatian,aku bukan praktis nak jadi parkinson.Tolong jangan salah faham.

Tolong doakan aku boleh?

Semoga Anis dapat buat yang terbaik tuk SPM.

K.Terima kasih.Baiknye kalian tolong doakan aku.Haha

Nah amik satu sebagai tanda terima kasih.Tu pun kalau boleh amik la.

Sumber gambar:google