Saturday, December 15, 2012

Rahsia Allah.

Assalamualaikum

Korang sihat ke?kalau tak sihat doktor anis nasihatkan sila dapatkan rehat yang cukup.ehem

Pernah tak korang plan benda tu pastu bila tiba hari tu semua yang korang plan hancur berkecai umpama gelas kaca pecah? Haa lebih kurang cenggitu la saya sekarang ni.

Cerita 1

2 minggu yang lepas saya plan dengan kawan-kawan sekelas lebih kurang 8 orang nak lepak kat kota bharu.Tu je lah pun kawasan popular kat kelantan ni haa.2,3 hari sebelum tu sampailah satu demi satu mesej kat saya yang mengatakan :

"anis,aku ade hal lah hari rabu tu.Kita g lain kali eh?"

"ayah aku dah daftarkan aku kelas memandu la.Hari rabu tu ada bengkel"

"anis,aku balik kampung hari tu.Tak boleh join gi kb laa."

Haa lebih kurang gitu la mesej diorang.Saya dah sakit hati sebab jeles pun ada,yelah saya je yang takde hal,tortonggeng depan tv je tiap-tiap hari.Sedangkan diorang busy dengan life masing-masing.Ah ini tidak adil,tidak adil bagiku.

Daripada 8 orang tu semakin berkurang tinggal 3.Sorang siap sedia tunggu kat kb,saya dengan sorang(A) lagi kena naik bas untuk ke sana.Si A ni pulak tak pernah sepanjang hayat naik bas nak pegi mana-mana.Anak orang kaya katakan.Saya ni pulak penakut.Memang padan sangat.Jadi,disebabkan orang pun kurang,tak syok,saya ni pun takut naik bas,takut terlepas ke lain sebenarnya jadi saya pun berhasrat untuk batalkan plan tu.Niat asal plan tu pun memang nak spend time ngan kawan-kawan,tapi kalau semua sibuk,buat apa teruskan lagi plan tu? Nampak tak saya kecil hati sikit kat sini.

Sebelum saya emo,jom beralih ke cerita lain pula.

Cerita 2

Seminggu lepas tu saya plan pulak nak pergi dengan kawan baik saya.Nama kumpulan kami F4.(sebab kami kemaruk sangat dengan cerita Boys Over Flower)

First plan tak jadi sebab saya dengan sorang lagi kawan ada bengkel.Sempat memang sempat sebab habis pukul 12.30 pm tapi kalau pikir pasal bas yang taktahu bila boleh naik,masa jalan-jalan pun singkat,so kami buat keputusan untuk batalkan.Ni pun geram jugak sebab plan baik punya.

Second plan.Yang ni pelik lah bagi saya.Lepas plan pertama,kami plan pulak 2 hari selepas itu.Esok sebenarnya.Saya telefon la kawan saya tanya free ke tak,kan jadi macam sebelum ni.Plan tak jadi.Mula-mula dia macam tukar topik,pastu bila diasak terus menerus cewahh dia cakap jeng jeng jeng
slow sikit tau,rumah dia dimasuki pencuri.Yang pelik nya benda lain tak pulak dicuri,yang dia curi duit kawan saya dengan laptop.Hah apa kes?Lagipun diut tu tak banyak,puluh-puluh jer.Sekali lagi diriku kecewa.


Kesimpulannya,Allah is the most great planner right?Sya fikir jugak,kenapa baik punya plan,last last tak jadi jugak.Mesti ada hikmah kan di sebalik kejadian.Cuma kita tak nampak dan tak tahu.Itu rahsia Allah.Jadi sekarang ni kita sabar je lah.Takut nak plan sekarang ni sebab selalu tak jadi.

Ya Allah walau apa pun yang terjadi,aku tahu Kau telah tetapkan yang terbaik untuk hambamu.

Assalamualaikum !


Friday, November 30, 2012

Akhirnya.Phew.

Assalamualaikum

Lihatlah dunia.Aku sudah kembali !! =,='

Dicari di google.Maaf kalau ambil tanpa izin.Hehe

i'm coming home,coming home tell the world i'm coming home.

Ewah,menggila sudah.Ok baik lah,di kala waktu ini,jiwa dan ragaku teramatlah happy.Alaa,SPM dah habis la.Kenapa cepat sangat.? Ok itu penipuan yang jelas.Kenapa lambat sangat nak habis haa?Itu sebenarnya.


Ya Allah betapa ceria gembira sentiasa,badan ku sihat dan cerdas.Kenapa macam lagu horlicks?Sesungguhnya ini kegembiraan yang nyata.Tak tahu kenapa,tapi lepas bangun tidur lepas habis SPM rasa macam aku hidup.Tetiba senyum sorang-sorang.Wahh gitu..Agak keterlaluan.Tapi itu hakikat.Rasa macam bebas sebebasnya.Mungkin sebelum ni asyik fikir buku buku buku macam takde benda lain dalam dunia.


Dah start cuti ni banyak pula banda dalam kepala nak buat.Ini antaranya :

1.Nak belajar bawak kereta.Itu wajib.Senang nak pergi jalan-jalan kan.ehem

2.Nak lepak banyak-banyak dengan kawan-kawan.Lepas ni mesti jarang jumpa kan bila dah ada hal masing-masing.

3.Nak makan hasil titik peluh sendiri.Rasa nak kerja je.Tu pun kat tadika dekat-dekat rumah.Gaji tak penting,yang penting pengalaman.Ewah tu diaa

4.Nak pergi rumah kakak di S.Alam.Sally terr!! Rindu keponakan gue!

5.nak cari boyfriend Astaghfirullahalazim.Children,please dont try this at home.Ini juga penipuan.Macam takde keje pula aku nak menggatal.

6.Beli novel banyak-banyak buat stok untuk masa depan.


Hahaha.Ngekk


Ok dah.Suka sangat short update.Aku bukan budak sastera nak bermadah segala.

Assalamualaikum !

Saturday, June 9, 2012

Kreatif itu PENTING.


Assalamualaikum.



Cuti dah habis ! yeayy! saya 'hepi' sesangat.Bermula kembali kehidupan sekolah yang memenatkan.pfff.

Cuti-cuti ni mesti korang ada pegi kenduri kan? maksud saya kenduri kahwin.Bukan kenduri kematian.Sila faham.Bila pergi tuh mesti tuan rumah ada bagi sisa kan? Bukan sisa makanan tu tapi sisa yang macam kenang-kenangan lah atau buah tangan kepada tetamu gitu.Kat kelantan orang tua-tua panggil sisa ok.Tapi saya panggil macam tu jugak walaupun muda belia lagi.ehem.

Baik lah straight to the point.Apa yang kamu buat dengan benda tu? Buang ke? Atau guna pakai? Ada sesetengah tu benda baik kan,so sayang nak buang.Jom kita tengok apa lah yang saya buat dengan benda tu menggunakan tahap kekreatifan yang tersangatlah ciput.

a)Bekas 1
Yang ni biasa je.Isi dalam yang sebenar makanan merosakkan gigi iaitu gula-gula.

Saya isi dengan makanan yang lebih berzat iaitu kismis.*kreatif nya saya.
Beralih pula kita ke

b)Bekas 2

Yang ni takde isi.Memang hiasan semata-mata.
Saya jadikan tempat letak pen.sebab sebelum ni selerak je pen atas meja.pff
*kreatif nye saya.

Next please!

c) Bekas 3

Yang ni ada isi gumpalan surat khabar.Tak pasti kenapa.Untuk nampak kembung pada hari
tersebut mungkin.
Nak buat kotak pensil,kotak pensil dah ada.Jadi saya buat keputusan untuk letak...

Batteriesss!! Yeay. *kreatif nya saya.

d) Bekas 4

asalnya ada gula-gula dalam tu.
Saya buat tempat letak gelang dan seumpamanya.Yang kuning tu
bukan emas betul,ciplak punya yea. *kreatif nye saya.
e) Bekas 4.Yang ni terakhir.Jangan boring agi ehh

Yang ni saya tak tahu apekebenda.macam piring untuk letak
gelas yang ada air panas pun ada.hah pedulikan

tadaaa!! saya jadikan alas minyak urut dan seumpamanya gitu.Jangan
kutuk saya pulak.Kreatif tak saya??
Camne camne?? Korang pun patut guna pakai apa yang korang dapat tau.Ni sebenar nya kreatif berjimat-cermat.Daripada buang lebih baik guna kan?? Mesti ada antara korang yang gelakkan saya kan? Hah ada aku kesahhh?? pfff

Oh ya kejap kejap ada lagi ni


Korang kena spot the difference dengan gambar pertama.Kalau tahu komen eh.
Siapa tahu memang terer.haha


Assalamualaikum !



Thursday, June 7, 2012

Arghh ! Bikin Panas !

Assalamualaikum

How do you do? im fine thank you.Cam ngek sendiri tanya sendiri jawab.

Korang mesti penah rasa marah kan?tipu kalau tak pernah.Macam mana cara korang marah?

Adakah dengan

1) melaung kuat-kuat atas bangunan

2) menggusti orang yang kamu marah

atau

3)menelefon polis supaya tangkap orang yang cari pasal dengan kamu walaupun dia hanya memerli kamu.

Kata pakcik Aristotle
 "Siapa pun mampu naik marah kerana marah itu mudah.Tetapi marah yang tepat.,dengan kadar yang sesuai,pada masa yang tepat,demi tujuan yang benar dan dengan cara yang baik tidaklah mudah"
Saya seorang yang mudah rasa marah.Tapi saya dapat kawal.Kalau masa kecil memang tak dapat tahan.Kena luahkan jugak.Antara caranya ialah dengan meraung kuat-kuat sambil tendang almari sampai mak ayah serabut lalu memaksa diorang untuk pujuk.Kesian mak ayah saya.Tapi saya mudah memaafkan.

Sekarang dah besa gedabak ni jadi pelik sikit.Asal marah je keluar air mata.Rasanya sebab saya tak sanggup nak marah directly kat orang tuh.Contoh nya kalau marah kat ayah.Nak marah tak boleh,jadi pendam je lah.Hasilnya keluar air mata.Tu pendapat saya.Korang macam mana?


At least lepas nangis rasa lega sikit.Orang marah ni ada tiga bahagian :

1)mudah marah dan senang memaafkan.

2)sukar marah dan sukar memaafkan.

3)sukar marah tapi senang memaafkan.

yang paling parah

4)mudah marah tapi sukar memaafkan.

Harap-harap yang ke-4 tu takdelah.*Sifat Rasulullah ada pada nombor 3. :)

Macam mana nak atasi marah? Meh nak kongsi tips iman mengatasi marah :

1)Pandang laut yang luas.Kalau rumah tengah-tengah bandar,pandang langit.Bayangkan kelapangan dan kebesaran Allah dan bandingkan dengan sempitnya dada orang yang marah.Kalau tak jadi jugak,pandang muka mak masing-masing.Kalu tak jadi lagi,tilik muka saya.Konpem semakin membuak-buak marah korang.Bila marah itu mencapai tahap maksima,ia akan turun dengan sendiri.Teori mana lah aku pakai.

2) Ambil air wudhu'.Marah tu macam api dan air penawarnya.

3) Baca ayat-ayat mudah dari al-Quran.Kalau tiba-tiba tak ingat sebab marah tahap gaban,berzikirlah dan istighfar.

4) Bentang kain sejadah elok-elok lalu rebahkan kening dan bersujud.

5) Ubah posisi berdiri kepada duduk,Daripada duduk kepada berbaring untuk redakan ketegangan.Tertonggeng tak mau eh.

6) Sentiasa ingat hidup ni tak lepas daripada ujian.Dan setiap ujian pasti ada hikmah.

Oleh itu,(tetapkanlah kepercayaanmu)tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Surah al-Insyirah,ayat 5)

 Semoga kita semua dapat kawal marah.Saya pun sedang belajar untuk itu.Ingatlah,satu kali marah,4 kedutan di muka.(haha)

Macam dah letih je jari ni.Sekian dulu.Assalamualaikum!





Friday, January 6, 2012

Backspace

Assalamualaikum!

Weyhh.korang sihat ke?ada yang kena taun tak masa musim banjir ni? hehee~



Aku nak jadi budak-budak balik.Takde masalah.Tak payah pikir apa-apa.Tak payah masak.Tak payah usaha banyak.Nak apa-apa mintak je kat mak bapak.Tapi boleh ke?

Korang hebat kalu boleh buat tu.

Tak dinafikan yea,baru awal tahun dah rasa stress.Apa ni?? Taknak la weyh jadi budak bakal SPM ni.Sakit otak aku.

Otak pikir 'tak pelah tak buat lagi homework ni.buat esok-esok je lah'

Lepastu 'tapi bertangguh kan tak baik.mesti ada homework lain pulak nanti.mesti kalut.mana nak ulangkaji lagi.nak hafal benda tu benda ni.dahlah aku SPM tahun ni'

Apa ni otak? Tak tetap pendirian langsung.Ops sorry,bukan otak tapi akal.

Tak cukup dengan tu,masalah subjek lagi.Seriously,aku taknak amik prinsip akaun tapi pihak sekolah paksa.Ape niiii??????

Aku budak sains k? Logik ke budak sains amik akaun? Dua cabang berbeza kan? Umpama jalan kiri dan jalan kanan.Lagipun aku tak bercita-cita langsung nak jadi akauntan dan yang sewaktu dengannya.

Please lah cikgu,dont make decision for me.I've the right to choose.Wats the point if I learn but I dont understand sepatah haram pun? Bukan tak try tapi dah setahun aku belajar,markah tak jugak nak dekat-dekat b.See?? bukan a tau,tapi b ! Apa guna belajar tapi tertekan? Kena paksa? Belajar kena seronok,bukan stress memanjang.

Btw,semoga hari-hari korang lebih happy daripada aku.

Assalamualaikum!


Sunday, January 1, 2012

Fashion Tuck in Shirt

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah keluar fesyen masuk baju dalam seluar atau skirt kan.? alaa..yang macam ni



Kali pertama tengok orang pakai macam ni aku pun rasa tergoda jugak.Rasa nak aje beli baju lengan tiga suku biar nampak sikit lengan aku,pastu beli seluar agak fit biar nampak bentuk paha betis dan bahagian lain pastu masuk baju dalam seluar kasi nampak punggung pastu beli tali pinggang kecik lilit kat pinggang.

Oleh sebab aku ni Islam dan aku belajar tentang hukum pakai pakaian menutup aurat yang macam mana aku takkan guna fesyen ni.

Eh,nampak apa kat belakang tu?

Kalau nak berfesyen biar berpada-pada lah wahai wanita Islam.Kalau nak guna jugak fesyen ni sampai hentak kaki segala bagai menangis melolong.Silakan.Tapi pakai la cardigan ke jaket ke kat luar tu supaya tutup kau punya aset.

Sekian.Assalamualaikum

p/s:Korang nak pakai ikut suka lah dosa korang tanggung kan.Sebagai orang Islam tak salah kan bagi nasihat ? :)

Tahun baru kalendar omputih.

Assalamualaikum

Nah.amik gambar sebijik dulu.

Ok.Aku tidak ubah seperti teddy di atas.Memakai spek dan menghadap skrin sekarang.Cuma spek aku lebih kecil skrin aku skrin komputer dan aku ialah manusia.

Pada pukul lapan dua puluh tujuh,satu haribulan satu dua ribu dua belas aku nak ucapkan selamat tahun baru mengikut kalendar omputih.Semoga tahun 2012 lebih bererti kepada kalian.

Bagi aku teramatlah bererti sebab aku kena say hi to SPM.Oh,hi SPM.

Jangan datang dekat aku la.OK,kau datang jugak akhirnya.

.Buku feveret budak-budak.

Tahun ni aku akan berusaha menjadi budak skema.Aku akan baca buku banyak-banyak sampai termuntah.Aku akan buat latihan banyak-banyak samapi tangan kebas.Percaya tak?Ok,semua tu tipu.Bukan jenis aku cenggitu.Kalau buat camtu boleh tahan paling lama 3 jam.Hebat kan?sila puji aku.

Hari ni aku pegi daftar sekolah.Aku dilantik jadi setiausaha yang aku tak penah jadi dan tak tahu satu habuk pun pasal tugas ni.

Amik buku teks beli buku tulis buat tangan aku menggigil.Perhatian,aku bukan praktis nak jadi parkinson.Tolong jangan salah faham.

Tolong doakan aku boleh?

Semoga Anis dapat buat yang terbaik tuk SPM.

K.Terima kasih.Baiknye kalian tolong doakan aku.Haha

Nah amik satu sebagai tanda terima kasih.Tu pun kalau boleh amik la.

Sumber gambar:google