Saturday, September 20, 2014

I'm not good with this..

Assalamualaikum.

Dah dekat hujung-hujung ni sem banyak la pulak benda kan. Assignment, projek, test, final..hmmm..letih otak. Nama pun jihad kan. Kalau x de cabaran jihad ke namanya. Husnudzon..

Malam ni sayu sikit. Biaselah masalah budak remaja ngan kawan-kawan. Alaa itu pun nak kecoh meknis ni.

Aku pernah join society dan pernah jadi ketua. dan aku rasa aku tak layak jadi ketua. Aku takkan offer diri jadi ketua dalam mana-mana group or discuussion. Because i know that i'm not qualified enough. Its up to them whether they consider me as a leader but kalau aku kurang ciri-ciri yang kau harapkan itu kau punya pasal cause i told you earlier that i dont want. I'm more comfortable to be a follower. Mungkin sebab aku ni penakut. Takut nak galas tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai dai kepada diri sendiri pun hancur lagi.

And one more,IF YOU ASKED FOR SOMEONE's OPINION PLEASE SHOW SOME RESPECT. Namapak tak marah kat situ. Actually it really did hurts inside. Dont ask for others' opinion if you cant accept them. Just dont. It wont be the same anymore, friends. Not because of grudge, but  it will remain, the scars will be there. Pernah tak ada orang tanya pendapat korang pasal assignment contohnya, pastu korang bagi pandangan yang sejujurnya ( dengan bahasa sopan lagi ), pastu diorang cakap''do it yourself then.''

Aku tak paksa pun diorang buat, aku cakap kalau rajin buat lah. Then diorang nak buat. Benda tu dah okei pun,cuma kalau nak cantik renovate sikit lah. Pastu merungut. Mungkin salah aku jugak sebab macam tak hargai usaha diorang. But heyy you asked for my opinion. Dan aku memang cerewet. Bukan apa, aku suka benda yang simple dan tak serabut. Jadi bila aku tengok benda-benda yang aku tak berkenan aku terus terang lah. Its hard to deal with humannnn bcause their mouth and heart said different things!

Thanks sebab bagi aku satu pengajaran harini. Being a leader is not so bad but it is a disaster for me. But of course depend pada anak buah jugak.

Aku tak paham kenapa aku perlu tulis benda ni. Geram sebenarnya. Korang, please appreciate eh orang punya opinion. :)

assalamualaikum

*kalau marah/geram memang akan terspeaking.

Monday, August 25, 2014

Perkembangan Statik.

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum

Lama betul tak menghupdate blog. Maklum lah hidup sebagai seorang pelajar sangat busy. Projek assignment mahallah work sering menjadi rencah dalam hidupku. Kadang-kadang rasa sangat fedup,penat tapi demi masa depan ku gagahkan jua.Dah kenapa ayat jadi sebegini rupa.

Baiklah,sejak adik-adik comel masuk CFS IIUM Gambang ni, hakak mendapati suasana di sini semakin meriah.Meriah kerana abang-abang 2nd year suka mengusik adik-adik. Tapi hakak paham la kenapa. Diminta kepada brothers 2nd year yang tetiba sesat ke blogku supaya behaveee. Jange galok sangat deh.

Satu lagi, adik-adik anak soleh adik-adik serba boleh,akak nasihatkan kalau boleh adik-adik join la mana -mana persatuan kat sini. Medcy ke,FSCC,MRC insyaAllah adik-adik akan beroleh pengalaman yang best sangat. Takde lah 24 jam ngan buku. Pastu kalau ada event apa-apa turunlah support kerana support anda amat berharga. Hakak sem lepas ahli FSCC giteww pastu akak resign sebab sem ni hakak malas nak naik turun tangga tingkat 5 ni untuk pergi meeting. Mintak tolong jangan contohi hakak ye. Tapi siyes best kalau korang aktif tapi pointer jangan kelaut sudah.

Barita gembira nya pada tahun ni aku dapat 2 orang anak buah.Sorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi yang sedih sikit, baby perempuan tu ada komplikasi. Anal Atresia. Korang tahu apa tu? Google sekarangg.Pembedahan akan dibuat masa umur dia 1 tahun. Buat masa sekarang najis dia kena buang ikut tiub. Susu pun dia tak boleh minum lagi sebab ada jangkitan dekat tempat pembedahan tu. Sedih anak sedara jadi macam tu. Mak ayah dia mestilah berpoloh kali ganda sedih kan.Tapi nangis macam mana pun benda tak boleh nak buat apa. Ujian berat untuk hambanya yang kuat kan? :)

Ohh satu lagi. 3 orang bestfren aku masa kat sekolah dulu nak sambung belajar overseas.2 orang kat Mesir sorang lagi kat Indon. Semua amik medic. Semua nak tinggal aku. Best sangat ke duk overseas? Apa kurangnya belajar kat Malaysia? Kalau nak tengok negara orang lepas kerja pun boleh pegi ape.Lagi ok sebab guna duit sendiri tak payah menyusahkan mak ayah nak supply. Life is too short to study overseas. Kejam kan ayat aku? Maaf kepada awak-awak yang terasa. Sedih sebenarnya diorang nak pegi jauh-jauh sebab nanti mesti susah nak balik sini. Bila lah dapat berkumpul semula kan.

Jumpa lagi.




Saturday, March 22, 2014

Mulut

Assalamualaikum

Bismillahirrahmannirrahim..

Ya Allah,
Kadangkala aku tertanya,
Kenapa mulut ini sungguh berbisa,
Perkataannya sering kali menusuk dada,
Dan menyakitkan telinga,
Bagai pedang menikam mangsanya.

YaAllah,
Kadangkala aku tertanya,
NikmatMu ini adakah aku gunakan sebaiknya,
Jika ya,mengapa hati ini rasa berdosa,
Setiap kali aku melafazkan kata.

Ya Allah,
Kadangkala aku tertanya,
Adakah perlu aku diam sahaja,
Ketika yang lain berbicara,
Kerana aku takut mereka terluka.

Ya Allah,
Kadangkala aku tertanya,
Setiap butir kata yang dilafazkan,
Adakah seiring dengan perbuatan,
Atau hanya omongan dari syaitan,
Yang bertujuan untuk menyesatkan.

Ya Allah,
Kadangkala aku tertanya,
Setiap janji yang aku berikan,
Dapatkah aku laksanakan,
Dapatkah aku kotakan,
Atau hanya sekadar ucapan,
Untuk mengaburi mata orang.

Ya Allah,
Bantulah aku,
Bantulah aku pelihara nikmatMu,
Gunakan ia untuk memujimu,
Mencapai redhamu,
Menarik yang jahil untuk menyembahMu.
Bantulah aku,
Bantulah aku.

Ya Allah,
Ampunkan setiap butir kata makhlukMu,
Yang berlawanan dengan syariatMu,
Sesungguhnya aku berusaha,
Mungkin tidak sepenuhnya berjaya,
Tapi aku mencuba,
Mungkin gagal sekali sekala,
Tapi aku tidak berputus asa.

Tuesday, February 25, 2014

CFS IIUM Gambang.

Assalamualaikum.

Ni untuk adik-adik yang berminat nak apply uia nanti eh. Sebenarnya masih banyak lagi bangunan yang tak siap. Tapi setakat ni semua yang students perlukan semuanya ada. Semakin hari semakin banyak benda siap,.semakin cantik tempat ni. Alhamdulillah. Tapi gambar kelas lupa nak amik..hehe~

jalan kaki lepas kelas.baik untuk kesihatan uolss.
*padahal kena tinggal bas

In the making.Cepat tau diorang buat ni.Masa masuk bulan satu dulu rangka pun tak nampak lagi.

Dulu laluan ni takde pun,yang ada batu bata je dia susun kat tepi.sekarang kenmain lagi.

Mahallah al-Biruni.Brothers and sisters duk dalam mahlallah ni,but of course in different block.



Ni kat kafe.Kafe sini besarr.Because of the hall is still in the making,any programmes will be held heree..

Tv room sisters.Bro. punya pun lebih kurang je. :)

Feel free to ask me anything. :)

Assalamualaikum!

Friday, January 31, 2014

Tips Belajar.

Assalamualaikum.Bismilahirrahmanirrahim..

Ehemm hari ni nak share tips belajar cara saya.Malu sebenarnya,sebab saya belajar biasa-biasa je,macam orang lain jugak.Pandai pun biasa-biasa jugak,takde lah genius mana pun.Tapi apa-apa pun alhamdulillah sebab pada saya Allah dah bagi lebih daripada cukup.Kalau adik-adik rasa ada yang mengarut jangan ikut ehh..Ceittt bagi warning awal-awal. Soooo,meh nak share :)

1.Buat nota ringkas.

Mesti korang dah tahu kan pasal ni.Cikgu korang pun mesti dah berbuih mulut bagitau.Actually.ia memang berkesan! Lebih-lebih lagi dekat-dekat nak exam,takkan nak baca nota yang panjang-panjang tu kan.Sooo apa yang korang boleh try buat ialah,buat peta minda seringkas mungkin tapi pastikan korang faham.Kalau saya,saya guna kertas colour2 giteww supaya tak bosan kalau nak baca nanti.Kalau boleh lukis la apa yang patut supaya jadi lebih menarik dan cantik.Contohnya kalau korang belajar pasal jantung ke,bunga ke,lukis la sikit dan label.And..for me,it works! :) Sekarang pun i masih guna cara ni okeii.

ni contoh notes saye! 


2.Siapkan kerja sekolah ye adik-adik!

Korang jangan malas tau buat kerja sekolah.Kesian cikgu,penat-penat cari material untuk korang,korang buat derk je,tak sentuh pun.Pada saya,apa yang cikgu suruh buat,apa yang cikgu bagi mesti berguna dalam exam .So korang wajib jugak buat kerja sekolah tu. Kalau tak reti takpe, cuba jugak buat sehabis baik walaupun korang tak sure betul ke salah. At least korang cuba kan, dan korang akan tahu apa yang korang lemah dan tak faham pasal tajuk tu. Nanti pergi sekolah, tanya la cikgu,mesti cikgu ajar punya lah kan. Dan korang tahu tak,buat kerja sekolah ni menggembirakan hati cikgu tau.Kalau cikgu happy,redha ngan korang,insyaAllah korang akan berjaya nanti..

Haa kalau boleh korang beli buku soalan yang past year questions tu. Jangan beli je,buat jugak! It makes us prepared for the upcoming questions in the exam,Sebab biasanya soalan-soalan tu dia recycle balik.Dia tukar sikit-sikit je.

3.Tidur mesti cukup.

Haaa yang ni mesti praktik.Kalau korang dapat tidur yang cukup,automatik otak korang akan dapat berfungsi secara maksimum pada keesokannya! Haa gituu..And kalau tak cukup tidur,bayangkan korang mengantuk dalam kelas,tersengguk-sengguk,apa yang korang dapat? lagi rugi adalah.Kalau saya dulu,paling lewat tidur pukul 1 pagi.Tu pun sebab banyak kerja sekolah,ngan kelas tambahan petang dan malam lagi. Tapi biasa pukul 11 tu dah tidur dah.Heheh..Tapi terpulanglah pada korang kan.Kalau korang rasa boleh stay-up untuk baca buku,boleh je.Make sure korang tahu had korang sampai mana.

4.Sedikit hiburan.

Sape tak stress kalau asyik belajar je kan.Actually,saya dulu takde lah kuat belajar sangat pun.Lepas balik je,mesti hadap tv tengok cerita feveret,baca novel,dengar lagu.Tapiii korang kena pastikan yang waktu sekolah korang kena bagi komitmen 100% supaya bila korang balik rumah,korang akan rasa "harini aku dah pelajar penat-penat,aku kena belanja diri aku" Suka hati korang lah nak buat ape.Makan banyak-banyak ke,tengok tv macam saya ke,bersukan ngan kengkawan.Tapi jangan over sudah.Berpada-pada lah kan.Kang patah kaki tangan sebab bersukan tak jadi jugak.

5.Belajar ikut mood.

Yang ni ikut kesesuaian korang. Saya memang tak boleh ikut jadual belajar. Saya pernah je buat tapi tak pernah ikut. Hahaha..Saya jenis yang belajar ikut mood. Kalau rasa malas gila belajar waktu tu, saya tak akan belajar. Sebab takkan masuk. Tapi kalau dekat-dekat exam tu kena paksa jugak,mana boleh ikut je rasa malas tu. Tapi ada antara kita ni yang dah terbiasa buat jadual kan. Kalau korang ok,ikut je lah. Tak rugi pun. Jangan pulak korang rasa stress ikut benda tu. Korang buat la jadual tu ikut keselesaan korang ye.

6.Pemakanan.

Makan kena jaga ye supaya kesihatan korang berada di tahap maksima.Tak habis-habis dengan maksima.Kalau korang tambah diet korang dengan makanan sunnah,lagi bagus.Kismis ke,kurma ke,buah-buahan,madu.Kalau korang jenis yang lesu je,suruh la mak ayah korang beli apa-apa vitamin yang patut untuk tambah tenaga.Kalau saya dlu,cikgu selalu bagi vitamin untuk students dia.Sedap pulak tu.Cam chewing gum gitu. Seelok-eloknya JANGAN sesekali cuba stay up dengan minum coffee atau minuman berkafein yang lain. I think that uollss are already aware about that.Its really not good  for your health dear.Saya tak pernah pun minum berkafein untuk berjaga. Kalau korang nak berjaga jugak,buat yang terdaya saja.Jangan paksa diri.Otak dan badan pun perlu rahat jugak.Korang dah pakai seharian kot! Tak kesian ke kat otak tu? Amboii marah pulak haku.Sori,teremosi sikit.

Oh yaa,satu lagi,jangan skip breakfast please.Dari mana korang dapat tenaga nak berfikir,nak belajar kalau tak makan?Perut pun kena jaga. Perut kenyang,hati senang k.Miahaha

7.Jangan lupa Allah.

Dear sisters,this is the most important thing that you should not forget.Lepas sembahyang tu selalu mintak dengan Allah,bantu kita untuk belajar,kuatkan ingatan kita.tingkatkan kefahaman kita,mudahkan urusan belajar kita. Buat la selalu,Allah dengar.Sebelum doa tu puji-puji la Allah,Rasul kita kita dulu,pastu baru mintak.Macam nak mintak coklat ngan abang kakak kita,mesti kena bodek-bodek sikit kan.Kih3.Tapi kalau korang bodek Allah tak rugi pun.Dapat pahala apa?.Sebaiknya-baiknya kalau ada masa free,buat yang sunat.Solat dhuha,sunat hajat.baca quran. Kekalkan hubungan baik kita dengan Allah,baru senang kerja kan.
Lebih-lebih lagi nak dekat exam,jangan tinggal pun benda-benda sunat tu semua di smaping korang buat yang wajb.

Setakat ni je lah ye.Kalau ada lagi saya akan update..amik yang mana sesuai ngan korang je.Cara saya tak semestinya serupa ngan korang semua kan..Chow dulu..Assalamualaikum.!

Monday, January 27, 2014

Manusia Memang Kurang Kesedaran.

Assalamulaikum!!

Kena taip cepat2 sementara angin rajin ada ni..sekarang saya kat u lah kan,mana lagi.tapi special nya u saya ni dalam hutan.Uia buka kampus baru kat gambang dekat ngan matrik gambang.Seronok sangattt sebab batch kitorang pioneer kat sini.Semua benda baru and most important,close to nature gitew uollss..berbeza sangat dengan yang dekat pj dulu.Dari dalam bandar pindah ke dalam hutan.Malam-malam sejuk gitu.Maklum la atas bukit kan.Kat sini dalam banyak-banyak bangunan hanya 2 sahaja yang dah siap.Mahallah(hostel) dannn admin building( dpartment2 dan kelas dalam bangunan ni). Memang nampak sangat kami ni pioneer species kan.

 Oh ya sebut pasal nature ni, sah-sah la ada serangga,bintang-binatang comel kan.Ni saya tak berkenan sangat sebab saya jenis yang tak suka serangga lebih-lebih lagi rama-rama.Rama-rama ni pulak tahu-tahu je kita takut kat dia,selalu je masuk tandas,duk depan pintu bilik.Nasib baik ad roommate tolong halau.Wahahah.Menyusahkan orang je tahu haku ni.

Rama-rama ni masuk tandas nak skodeng ke hape.Cantik kan? spesis rare ni tau.Ada ekor lagi
Saya nak kongsi satu cerita sebenarnya.Kat sini lepas semayang maghrib atau isyak biasa la ada perkongsian sikit.Mungkin ada yang dah tahu cerita ni.Jadi,cerita nya macam ni,

Bayangkan,suatu hari kat dalam hutan ada seekor lelaki yang dikejar harimau.Dia lari-lari tapi harimau tu tetap kejar dia.Dia lariii lagi sampai la dia jumpa sebuah perigi yang dalamnya ada air.Jadi sebabkan dia takde pilihan,dia masuk dalam perigi menggunakan timba yang ada tali.Dekat nak sampai bawah,dia tengok ada 2 ekor buaya.Kebetulan pula ada seekor tikus putih muncul lalu menggigit tali tu.Tiba-tiba muncul seekor lagi tikus hitam yang turut sama gigit tali tu.Lelaki tu dah takut sangat-sangat.Tengah dia duk kalut tu,muncul seekor lebah lalu lebah tu titiskan setitis madu yang manis ke dalam mulut lelaki tu.Dan dia terus lupakan masalah-masalah dia tadi.

Jadi apa simbolik cerita ni?

Lelaki tu ofkos la mewakili kita yang manusia ni,
Harimau tu simbolik kepada ajal yang sentiasa mengejar kita,
Perigi tu pula merupakan kubur dan air tu macam dalam tanah nanti,
2 ekor buaya tu? Kalau dalam kubur nanti siapa yang soal kita? Jadi buaya tu mewakili malaikat mungkar dan nakir,
Tikus hitam dan putih tu pula mewakili amal kita siang dan malam,
Tali tu merujuk kepada kehidupan kita yang semakin pendek,
Madu pula? mewakili keindahan dunia.

Tengoklah kita sebagai manusia ni senang sangat lupakan ajal,kehidupan yang kekal di akhirat nanti, disebabkan hanya sedikit keindahn dunia yang kita dapat.Lebih-lebih lagi dengan zaman globalisasi sekarang yang banyak hiburan,kebebasan, memang payah sangat-sangat nak kekalkan jarak dekat kita dengan Allah.Padahal kita sedar yang umur kita bukannya makin panjang pun.Jadi dengan cerita ni harap dapat ambil iktibar walaupun sedikit.Ingatlah kehidupan akhirat yang kekal nanti.Cuba usaha kumpul pahala,dekatkan diri dengan Allah walaupun sedikit demi sedikit.Mungkin akan terbiasa kelak kalau selalu dipraktikkan.

Okei sampai sini saja ye.Saya nak baca buku fizik ni pulak ni.Assalamualaikum!