Wednesday, November 30, 2011

Ragam Sahabat.


Assalamualaikum dan hai :)

Hmm hmm nak tulis ape ni?tadi ingat ni lupa pulak.Semalam kenmain semangat lagi.Ok pertama sekali tahniah kepada Norshahrul Idlan Talaha sebab terima anugerah supermokh sebagai pemain paling bernilai.U deserved it bro.ehem.nah amik gamba sekeping.

Tahniah-tahniah.Kegembiraan dikongsi bersama yea. :)

Semalam masa merenung kipas sebelum tidur kawan aku tetiba mesej kata dia takut tak sempat belajar betol-betol untuk SPM tahun depan.Aku cakap rilek lah kan ada masa lagi.Dia tetap juga dengan emo nye dengan menangis bagai.Aku ni umpama penasihat tak bertauliah pula kena bagi kata-kata semangat,jawab ape dia tanya.Kang salah jawab mau meraung dia malam-malam buta.


Aku tak paham la.Sungguh tak paham.Kawan-kawan aku anggap aku ni macam kaunselor kot.Ada masalah je cari aku.Mungkin aku pendengar yang baik walaupun bukan penasihat yang baik.Bukan aku tak ikhlas,aku happy tau boleh dengar masalah diorang.At least diorang boleh rasa tenang sikit.

Tapi bab yang tak happy nye bila diorang cari aku masa ada masalah je.Part tu yang tak best.Ape la nasib aku.Masa susah dicari,masa senang dilupa.Aku penah mesej kawan aku dekat 3 kali jugak lah.Tanya nak ke tak nak pegi rumah si Bedah(bukan nama sebenar)tapi x balas-balas.Ok,tak pe.Takde kredit nak buat camne.Esok tuh aku tanya dia kat sekolah,pesal x reply mesej?.Dia boleh kata malas.Terkejut aku.Padahal selama ni kalau dia nangis,sedih pasal ape-ape,aku jugak yang jadi crying shoulder dia.ehem.

aku tak nangis.sedih sikit je.

Ok takpe aku buat dengan ikhlas kan.Hah,abis tu yang kau membebel atas tu ape? Ikhlas konon.Betollah aku ikhlas,atas tu luahan hati je.hehe

Walaupun dah agak terlambat aku tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru.Tahun Baru azam baru! Tapi ada jugak orang yang kekalkan azam tahun yang lepas-lepas kan? Kenapa? Sebab belum tertunai.Silalah tunaikan yang lama dulu yea.Tak baik skip nih.

Ok.Ana sudah letih menaip.Have a good day yea ente semua :) Daaaa~

Monday, November 14, 2011

Gatal sangat~

Assalamualaikum,


Selamat menduduki exam kepada form 5. Semoga dipermudahkan urusan supaya dapat berikan yang terbaik.Baca betol-betol supaya tak salah jawab.Kepada yang tak nampak soalan,silalah pakai spek.hehe.


Sementara yang f.5 kalut priksa,aku yang f.4 ni senang lenang goyang kaki sampai bosan tahap gaban.hmm.Disebabkan bosan ni, macam macam aku buat antaranya melepak kat umah kawan,edit gamba,kalau pegi sekolah pun bawak mainan(perangai pelajar 'cemerlang') dan banyak lagi aktiviti yang tak berpekdah.isk.




eh eh eh eh dan eh.ape kaitan pulak gamba ni? suke ati aku lah.huh.emm

Tadi pegi melepak kat umah kawan dah kena marah.Sebab? Naik kete prebet(teksi yang anta penumpang sampai kawasan kampung).Ye lah,kan sekarang macam-macam kes ada,culik lah,rogol lah dan bunuh lah.Masa nak balik tuh,mak call nak mai amik.Tu takpe lagi,yang tak bleh tahan kene tadah telinga dengar 'syarahan'.Best wo0o..isk

Lepas dengar syarahan tuh sumpah aku tak nak naik prebet.Takut wo0o.Ayah aku kata kalau pegi sekolah dia nak call aku setiap setengah jam.Ade ke patut? tak kan? Dia takut aku pegi bederak.(Tahu ke apa tu bederak?) Lu pikir la sendiri.Padan muka aku kan? Sape suruh gatal sangat? hmm

So i guess thats the end of my story.macam lagi kantoi pulak.aku memang tak reti nak karang cerita panjang-panjang.hehe

Moralnye : Tanya makbapak awal-awal pasal plan korang.sebab aku masa nak pegi baru aku bagitau.tu pun mesej je.cemerlang sungguh perangai aku.Satu lagi,mesti dengar syarahan makbapak ye.Bukan dengar saje,hayati dan selamat beramal.Assalamualaikum!


p/s:Korang korang,..korang buat ape kalau bosan?Kongsi la sikit.

Wednesday, November 9, 2011

Differences between ADAT and IBADAT.


Assalamualaikum dan hai! :)

Adat dan ibadat dua perkara yang berbeza kan? kan kan??Dan perbezaan yang paling ketara ialah ejaannya.(hehe).Ni antara sedikit sebanyak perbezaannya :


Adat

Duduk rehat di dalam masjid.Ada yang berbual kosong tak kurang juga yang 'buat ketupat'.

Makan hanya sekadar makan.Lepas tu tersandar kat dinding seperti biawak kekenyangan.

Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang.

Bertudung kerana ingin kelihatan cantik dan ala-ala artis.

Membaca untuk menambah pengetahuan sahaja.

Bekerja untuk menyara hidup.

Bermake-up tebal setebal 14 inci supaya muka kelihatan cantik tiruan.
(cantik la sangat)


Ibadat

Iktikaf di dalam masjid.(Susah nak cari zaman sekarang nih).

Makan supaya kuat untuk beribadat.
''berhenti sebelum kenyang''

Berkahwin kerana sunnah dan menjauhi maksiat.

Bertudung lantaran akur perintah Allah.(sejuk mata memandang) :)

Membaca untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan iman.

Bekerja untuk menambah pendapatan supaya dapat digunakan ke jalan Allah.

Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya dan kecantikan asli wajah.



Camne camne?? setuju tak????

Sunday, November 6, 2011

Padan mukaku~



Assalamualaikum pp! :)


Selamat Hari Raya K0rban semua.Silalah makan daging banyak-banyak,asal jangan dapat penyakit sudah lah.Hehe

Fuh fuh..! Mujur le exam habis sebelum raya.Kalau tak,serabut otak aku.Nak tengok tv pun tak senang.(hehe)Ada cite nak kongsi cikit nih. Cite ni pasal aku je lah.Malas ah nak jaja cite orang lain kat sini.

Masa tu ari rabu.Aku ada exam prinsip akaun.Kire exam paling last lah.Memandangkan kebanyakan kawan-kawan aku tak reti dan ada yang tak pandai langsung(iaitu aku),jadi kami mengambil keputusan sebulat suara untuk meniru.(hehe) Jadi ketika berlangsungnya peperiksaan,proses tiru-meniru juga giat dijalankan.

''eh,Anis,reti tak yang no 3?'' tanya kawanku semacam berbisik seolah-olah nak suruh cik semut je dengar.

''Reti la cikit-cikit.'' jawab aku.

''Camne?'' tanya kawanku lagi.Aku pun menghulurkan cikit kertas jawapanku supaya dia nampak.

''Tak nampakkk''.Aku hulur cikit lagi.Aku nampak dia duk menyalin.Dah nampak le tuu..





Tik tok tik tok..masa tinggal lagi setengah jam.Aku pun tekun nak siapkan walaupun aku jawab karut marut.Kertas jawapan aku kat tepi meja tadi tetap kat situ lagi.

Nak jadikan cerita,masa tu cikgu Addmath aku yang 'baik' jadi penjaga.Beliau pun lalu lorong di sebelah aku.

''Ni apasal letak kertas kat tepi ni?" tanya beliau dengan suara yang tak berapa sedap didengar.

Aku dah pucat.Sambil gigit bibir aku masukkan kertas tu kat bawah kertas jawapan lain.Aku buat-buat sibuk. Begitu jugalah dengan kawan yang nak meniru aku tadi.


''Kalau nak bagi tiru sangat.apesal tak bagi terus je?!''Marah beliau sambil mengheret satu daripada kertas jawapan aku lalu letak kat atas meja kawan aku.

Dan sebagai hadiahnya,aku dan kawan aku dapat satu cubitan kecil kat lengan.Malu tak terkata.First time aku meniru bersungguh-sungguh dah dapat hadiah.

Lepas tu,aku memang tunduk je.Nak tangok kawan sebelah pun malu.Sumpah aku dah tak nak meniru lagi(ecece).Memang kenangan 'manis' la bagi aku.I.Allah sampai besa aku ingat.Hehe