Saturday, June 9, 2012

Kreatif itu PENTING.


Assalamualaikum.



Cuti dah habis ! yeayy! saya 'hepi' sesangat.Bermula kembali kehidupan sekolah yang memenatkan.pfff.

Cuti-cuti ni mesti korang ada pegi kenduri kan? maksud saya kenduri kahwin.Bukan kenduri kematian.Sila faham.Bila pergi tuh mesti tuan rumah ada bagi sisa kan? Bukan sisa makanan tu tapi sisa yang macam kenang-kenangan lah atau buah tangan kepada tetamu gitu.Kat kelantan orang tua-tua panggil sisa ok.Tapi saya panggil macam tu jugak walaupun muda belia lagi.ehem.

Baik lah straight to the point.Apa yang kamu buat dengan benda tu? Buang ke? Atau guna pakai? Ada sesetengah tu benda baik kan,so sayang nak buang.Jom kita tengok apa lah yang saya buat dengan benda tu menggunakan tahap kekreatifan yang tersangatlah ciput.

a)Bekas 1
Yang ni biasa je.Isi dalam yang sebenar makanan merosakkan gigi iaitu gula-gula.

Saya isi dengan makanan yang lebih berzat iaitu kismis.*kreatif nya saya.
Beralih pula kita ke

b)Bekas 2

Yang ni takde isi.Memang hiasan semata-mata.
Saya jadikan tempat letak pen.sebab sebelum ni selerak je pen atas meja.pff
*kreatif nye saya.

Next please!

c) Bekas 3

Yang ni ada isi gumpalan surat khabar.Tak pasti kenapa.Untuk nampak kembung pada hari
tersebut mungkin.
Nak buat kotak pensil,kotak pensil dah ada.Jadi saya buat keputusan untuk letak...

Batteriesss!! Yeay. *kreatif nya saya.

d) Bekas 4

asalnya ada gula-gula dalam tu.
Saya buat tempat letak gelang dan seumpamanya.Yang kuning tu
bukan emas betul,ciplak punya yea. *kreatif nye saya.
e) Bekas 4.Yang ni terakhir.Jangan boring agi ehh

Yang ni saya tak tahu apekebenda.macam piring untuk letak
gelas yang ada air panas pun ada.hah pedulikan

tadaaa!! saya jadikan alas minyak urut dan seumpamanya gitu.Jangan
kutuk saya pulak.Kreatif tak saya??
Camne camne?? Korang pun patut guna pakai apa yang korang dapat tau.Ni sebenar nya kreatif berjimat-cermat.Daripada buang lebih baik guna kan?? Mesti ada antara korang yang gelakkan saya kan? Hah ada aku kesahhh?? pfff

Oh ya kejap kejap ada lagi ni


Korang kena spot the difference dengan gambar pertama.Kalau tahu komen eh.
Siapa tahu memang terer.haha


Assalamualaikum !



Thursday, June 7, 2012

Arghh ! Bikin Panas !

Assalamualaikum

How do you do? im fine thank you.Cam ngek sendiri tanya sendiri jawab.

Korang mesti penah rasa marah kan?tipu kalau tak pernah.Macam mana cara korang marah?

Adakah dengan

1) melaung kuat-kuat atas bangunan

2) menggusti orang yang kamu marah

atau

3)menelefon polis supaya tangkap orang yang cari pasal dengan kamu walaupun dia hanya memerli kamu.

Kata pakcik Aristotle
 "Siapa pun mampu naik marah kerana marah itu mudah.Tetapi marah yang tepat.,dengan kadar yang sesuai,pada masa yang tepat,demi tujuan yang benar dan dengan cara yang baik tidaklah mudah"
Saya seorang yang mudah rasa marah.Tapi saya dapat kawal.Kalau masa kecil memang tak dapat tahan.Kena luahkan jugak.Antara caranya ialah dengan meraung kuat-kuat sambil tendang almari sampai mak ayah serabut lalu memaksa diorang untuk pujuk.Kesian mak ayah saya.Tapi saya mudah memaafkan.

Sekarang dah besa gedabak ni jadi pelik sikit.Asal marah je keluar air mata.Rasanya sebab saya tak sanggup nak marah directly kat orang tuh.Contoh nya kalau marah kat ayah.Nak marah tak boleh,jadi pendam je lah.Hasilnya keluar air mata.Tu pendapat saya.Korang macam mana?


At least lepas nangis rasa lega sikit.Orang marah ni ada tiga bahagian :

1)mudah marah dan senang memaafkan.

2)sukar marah dan sukar memaafkan.

3)sukar marah tapi senang memaafkan.

yang paling parah

4)mudah marah tapi sukar memaafkan.

Harap-harap yang ke-4 tu takdelah.*Sifat Rasulullah ada pada nombor 3. :)

Macam mana nak atasi marah? Meh nak kongsi tips iman mengatasi marah :

1)Pandang laut yang luas.Kalau rumah tengah-tengah bandar,pandang langit.Bayangkan kelapangan dan kebesaran Allah dan bandingkan dengan sempitnya dada orang yang marah.Kalau tak jadi jugak,pandang muka mak masing-masing.Kalu tak jadi lagi,tilik muka saya.Konpem semakin membuak-buak marah korang.Bila marah itu mencapai tahap maksima,ia akan turun dengan sendiri.Teori mana lah aku pakai.

2) Ambil air wudhu'.Marah tu macam api dan air penawarnya.

3) Baca ayat-ayat mudah dari al-Quran.Kalau tiba-tiba tak ingat sebab marah tahap gaban,berzikirlah dan istighfar.

4) Bentang kain sejadah elok-elok lalu rebahkan kening dan bersujud.

5) Ubah posisi berdiri kepada duduk,Daripada duduk kepada berbaring untuk redakan ketegangan.Tertonggeng tak mau eh.

6) Sentiasa ingat hidup ni tak lepas daripada ujian.Dan setiap ujian pasti ada hikmah.

Oleh itu,(tetapkanlah kepercayaanmu)tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Surah al-Insyirah,ayat 5)

 Semoga kita semua dapat kawal marah.Saya pun sedang belajar untuk itu.Ingatlah,satu kali marah,4 kedutan di muka.(haha)

Macam dah letih je jari ni.Sekian dulu.Assalamualaikum!