Friday, January 31, 2014

Tips Belajar.

Assalamualaikum.Bismilahirrahmanirrahim..

Ehemm hari ni nak share tips belajar cara saya.Malu sebenarnya,sebab saya belajar biasa-biasa je,macam orang lain jugak.Pandai pun biasa-biasa jugak,takde lah genius mana pun.Tapi apa-apa pun alhamdulillah sebab pada saya Allah dah bagi lebih daripada cukup.Kalau adik-adik rasa ada yang mengarut jangan ikut ehh..Ceittt bagi warning awal-awal. Soooo,meh nak share :)

1.Buat nota ringkas.

Mesti korang dah tahu kan pasal ni.Cikgu korang pun mesti dah berbuih mulut bagitau.Actually.ia memang berkesan! Lebih-lebih lagi dekat-dekat nak exam,takkan nak baca nota yang panjang-panjang tu kan.Sooo apa yang korang boleh try buat ialah,buat peta minda seringkas mungkin tapi pastikan korang faham.Kalau saya,saya guna kertas colour2 giteww supaya tak bosan kalau nak baca nanti.Kalau boleh lukis la apa yang patut supaya jadi lebih menarik dan cantik.Contohnya kalau korang belajar pasal jantung ke,bunga ke,lukis la sikit dan label.And..for me,it works! :) Sekarang pun i masih guna cara ni okeii.

ni contoh notes saye! 


2.Siapkan kerja sekolah ye adik-adik!

Korang jangan malas tau buat kerja sekolah.Kesian cikgu,penat-penat cari material untuk korang,korang buat derk je,tak sentuh pun.Pada saya,apa yang cikgu suruh buat,apa yang cikgu bagi mesti berguna dalam exam .So korang wajib jugak buat kerja sekolah tu. Kalau tak reti takpe, cuba jugak buat sehabis baik walaupun korang tak sure betul ke salah. At least korang cuba kan, dan korang akan tahu apa yang korang lemah dan tak faham pasal tajuk tu. Nanti pergi sekolah, tanya la cikgu,mesti cikgu ajar punya lah kan. Dan korang tahu tak,buat kerja sekolah ni menggembirakan hati cikgu tau.Kalau cikgu happy,redha ngan korang,insyaAllah korang akan berjaya nanti..

Haa kalau boleh korang beli buku soalan yang past year questions tu. Jangan beli je,buat jugak! It makes us prepared for the upcoming questions in the exam,Sebab biasanya soalan-soalan tu dia recycle balik.Dia tukar sikit-sikit je.

3.Tidur mesti cukup.

Haaa yang ni mesti praktik.Kalau korang dapat tidur yang cukup,automatik otak korang akan dapat berfungsi secara maksimum pada keesokannya! Haa gituu..And kalau tak cukup tidur,bayangkan korang mengantuk dalam kelas,tersengguk-sengguk,apa yang korang dapat? lagi rugi adalah.Kalau saya dulu,paling lewat tidur pukul 1 pagi.Tu pun sebab banyak kerja sekolah,ngan kelas tambahan petang dan malam lagi. Tapi biasa pukul 11 tu dah tidur dah.Heheh..Tapi terpulanglah pada korang kan.Kalau korang rasa boleh stay-up untuk baca buku,boleh je.Make sure korang tahu had korang sampai mana.

4.Sedikit hiburan.

Sape tak stress kalau asyik belajar je kan.Actually,saya dulu takde lah kuat belajar sangat pun.Lepas balik je,mesti hadap tv tengok cerita feveret,baca novel,dengar lagu.Tapiii korang kena pastikan yang waktu sekolah korang kena bagi komitmen 100% supaya bila korang balik rumah,korang akan rasa "harini aku dah pelajar penat-penat,aku kena belanja diri aku" Suka hati korang lah nak buat ape.Makan banyak-banyak ke,tengok tv macam saya ke,bersukan ngan kengkawan.Tapi jangan over sudah.Berpada-pada lah kan.Kang patah kaki tangan sebab bersukan tak jadi jugak.

5.Belajar ikut mood.

Yang ni ikut kesesuaian korang. Saya memang tak boleh ikut jadual belajar. Saya pernah je buat tapi tak pernah ikut. Hahaha..Saya jenis yang belajar ikut mood. Kalau rasa malas gila belajar waktu tu, saya tak akan belajar. Sebab takkan masuk. Tapi kalau dekat-dekat exam tu kena paksa jugak,mana boleh ikut je rasa malas tu. Tapi ada antara kita ni yang dah terbiasa buat jadual kan. Kalau korang ok,ikut je lah. Tak rugi pun. Jangan pulak korang rasa stress ikut benda tu. Korang buat la jadual tu ikut keselesaan korang ye.

6.Pemakanan.

Makan kena jaga ye supaya kesihatan korang berada di tahap maksima.Tak habis-habis dengan maksima.Kalau korang tambah diet korang dengan makanan sunnah,lagi bagus.Kismis ke,kurma ke,buah-buahan,madu.Kalau korang jenis yang lesu je,suruh la mak ayah korang beli apa-apa vitamin yang patut untuk tambah tenaga.Kalau saya dlu,cikgu selalu bagi vitamin untuk students dia.Sedap pulak tu.Cam chewing gum gitu. Seelok-eloknya JANGAN sesekali cuba stay up dengan minum coffee atau minuman berkafein yang lain. I think that uollss are already aware about that.Its really not good  for your health dear.Saya tak pernah pun minum berkafein untuk berjaga. Kalau korang nak berjaga jugak,buat yang terdaya saja.Jangan paksa diri.Otak dan badan pun perlu rahat jugak.Korang dah pakai seharian kot! Tak kesian ke kat otak tu? Amboii marah pulak haku.Sori,teremosi sikit.

Oh yaa,satu lagi,jangan skip breakfast please.Dari mana korang dapat tenaga nak berfikir,nak belajar kalau tak makan?Perut pun kena jaga. Perut kenyang,hati senang k.Miahaha

7.Jangan lupa Allah.

Dear sisters,this is the most important thing that you should not forget.Lepas sembahyang tu selalu mintak dengan Allah,bantu kita untuk belajar,kuatkan ingatan kita.tingkatkan kefahaman kita,mudahkan urusan belajar kita. Buat la selalu,Allah dengar.Sebelum doa tu puji-puji la Allah,Rasul kita kita dulu,pastu baru mintak.Macam nak mintak coklat ngan abang kakak kita,mesti kena bodek-bodek sikit kan.Kih3.Tapi kalau korang bodek Allah tak rugi pun.Dapat pahala apa?.Sebaiknya-baiknya kalau ada masa free,buat yang sunat.Solat dhuha,sunat hajat.baca quran. Kekalkan hubungan baik kita dengan Allah,baru senang kerja kan.
Lebih-lebih lagi nak dekat exam,jangan tinggal pun benda-benda sunat tu semua di smaping korang buat yang wajb.

Setakat ni je lah ye.Kalau ada lagi saya akan update..amik yang mana sesuai ngan korang je.Cara saya tak semestinya serupa ngan korang semua kan..Chow dulu..Assalamualaikum.!

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)