Monday, January 27, 2014

Manusia Memang Kurang Kesedaran.

Assalamulaikum!!

Kena taip cepat2 sementara angin rajin ada ni..sekarang saya kat u lah kan,mana lagi.tapi special nya u saya ni dalam hutan.Uia buka kampus baru kat gambang dekat ngan matrik gambang.Seronok sangattt sebab batch kitorang pioneer kat sini.Semua benda baru and most important,close to nature gitew uollss..berbeza sangat dengan yang dekat pj dulu.Dari dalam bandar pindah ke dalam hutan.Malam-malam sejuk gitu.Maklum la atas bukit kan.Kat sini dalam banyak-banyak bangunan hanya 2 sahaja yang dah siap.Mahallah(hostel) dannn admin building( dpartment2 dan kelas dalam bangunan ni). Memang nampak sangat kami ni pioneer species kan.

 Oh ya sebut pasal nature ni, sah-sah la ada serangga,bintang-binatang comel kan.Ni saya tak berkenan sangat sebab saya jenis yang tak suka serangga lebih-lebih lagi rama-rama.Rama-rama ni pulak tahu-tahu je kita takut kat dia,selalu je masuk tandas,duk depan pintu bilik.Nasib baik ad roommate tolong halau.Wahahah.Menyusahkan orang je tahu haku ni.

Rama-rama ni masuk tandas nak skodeng ke hape.Cantik kan? spesis rare ni tau.Ada ekor lagi
Saya nak kongsi satu cerita sebenarnya.Kat sini lepas semayang maghrib atau isyak biasa la ada perkongsian sikit.Mungkin ada yang dah tahu cerita ni.Jadi,cerita nya macam ni,

Bayangkan,suatu hari kat dalam hutan ada seekor lelaki yang dikejar harimau.Dia lari-lari tapi harimau tu tetap kejar dia.Dia lariii lagi sampai la dia jumpa sebuah perigi yang dalamnya ada air.Jadi sebabkan dia takde pilihan,dia masuk dalam perigi menggunakan timba yang ada tali.Dekat nak sampai bawah,dia tengok ada 2 ekor buaya.Kebetulan pula ada seekor tikus putih muncul lalu menggigit tali tu.Tiba-tiba muncul seekor lagi tikus hitam yang turut sama gigit tali tu.Lelaki tu dah takut sangat-sangat.Tengah dia duk kalut tu,muncul seekor lebah lalu lebah tu titiskan setitis madu yang manis ke dalam mulut lelaki tu.Dan dia terus lupakan masalah-masalah dia tadi.

Jadi apa simbolik cerita ni?

Lelaki tu ofkos la mewakili kita yang manusia ni,
Harimau tu simbolik kepada ajal yang sentiasa mengejar kita,
Perigi tu pula merupakan kubur dan air tu macam dalam tanah nanti,
2 ekor buaya tu? Kalau dalam kubur nanti siapa yang soal kita? Jadi buaya tu mewakili malaikat mungkar dan nakir,
Tikus hitam dan putih tu pula mewakili amal kita siang dan malam,
Tali tu merujuk kepada kehidupan kita yang semakin pendek,
Madu pula? mewakili keindahan dunia.

Tengoklah kita sebagai manusia ni senang sangat lupakan ajal,kehidupan yang kekal di akhirat nanti, disebabkan hanya sedikit keindahn dunia yang kita dapat.Lebih-lebih lagi dengan zaman globalisasi sekarang yang banyak hiburan,kebebasan, memang payah sangat-sangat nak kekalkan jarak dekat kita dengan Allah.Padahal kita sedar yang umur kita bukannya makin panjang pun.Jadi dengan cerita ni harap dapat ambil iktibar walaupun sedikit.Ingatlah kehidupan akhirat yang kekal nanti.Cuba usaha kumpul pahala,dekatkan diri dengan Allah walaupun sedikit demi sedikit.Mungkin akan terbiasa kelak kalau selalu dipraktikkan.

Okei sampai sini saja ye.Saya nak baca buku fizik ni pulak ni.Assalamualaikum!







No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)