Monday, August 25, 2014

Perkembangan Statik.

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum

Lama betul tak menghupdate blog. Maklum lah hidup sebagai seorang pelajar sangat busy. Projek assignment mahallah work sering menjadi rencah dalam hidupku. Kadang-kadang rasa sangat fedup,penat tapi demi masa depan ku gagahkan jua.Dah kenapa ayat jadi sebegini rupa.

Baiklah,sejak adik-adik comel masuk CFS IIUM Gambang ni, hakak mendapati suasana di sini semakin meriah.Meriah kerana abang-abang 2nd year suka mengusik adik-adik. Tapi hakak paham la kenapa. Diminta kepada brothers 2nd year yang tetiba sesat ke blogku supaya behaveee. Jange galok sangat deh.

Satu lagi, adik-adik anak soleh adik-adik serba boleh,akak nasihatkan kalau boleh adik-adik join la mana -mana persatuan kat sini. Medcy ke,FSCC,MRC insyaAllah adik-adik akan beroleh pengalaman yang best sangat. Takde lah 24 jam ngan buku. Pastu kalau ada event apa-apa turunlah support kerana support anda amat berharga. Hakak sem lepas ahli FSCC giteww pastu akak resign sebab sem ni hakak malas nak naik turun tangga tingkat 5 ni untuk pergi meeting. Mintak tolong jangan contohi hakak ye. Tapi siyes best kalau korang aktif tapi pointer jangan kelaut sudah.

Barita gembira nya pada tahun ni aku dapat 2 orang anak buah.Sorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi yang sedih sikit, baby perempuan tu ada komplikasi. Anal Atresia. Korang tahu apa tu? Google sekarangg.Pembedahan akan dibuat masa umur dia 1 tahun. Buat masa sekarang najis dia kena buang ikut tiub. Susu pun dia tak boleh minum lagi sebab ada jangkitan dekat tempat pembedahan tu. Sedih anak sedara jadi macam tu. Mak ayah dia mestilah berpoloh kali ganda sedih kan.Tapi nangis macam mana pun benda tak boleh nak buat apa. Ujian berat untuk hambanya yang kuat kan? :)

Ohh satu lagi. 3 orang bestfren aku masa kat sekolah dulu nak sambung belajar overseas.2 orang kat Mesir sorang lagi kat Indon. Semua amik medic. Semua nak tinggal aku. Best sangat ke duk overseas? Apa kurangnya belajar kat Malaysia? Kalau nak tengok negara orang lepas kerja pun boleh pegi ape.Lagi ok sebab guna duit sendiri tak payah menyusahkan mak ayah nak supply. Life is too short to study overseas. Kejam kan ayat aku? Maaf kepada awak-awak yang terasa. Sedih sebenarnya diorang nak pegi jauh-jauh sebab nanti mesti susah nak balik sini. Bila lah dapat berkumpul semula kan.

Jumpa lagi.




1 comment:

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)