Thursday, June 7, 2012

Arghh ! Bikin Panas !

Assalamualaikum

How do you do? im fine thank you.Cam ngek sendiri tanya sendiri jawab.

Korang mesti penah rasa marah kan?tipu kalau tak pernah.Macam mana cara korang marah?

Adakah dengan

1) melaung kuat-kuat atas bangunan

2) menggusti orang yang kamu marah

atau

3)menelefon polis supaya tangkap orang yang cari pasal dengan kamu walaupun dia hanya memerli kamu.

Kata pakcik Aristotle
 "Siapa pun mampu naik marah kerana marah itu mudah.Tetapi marah yang tepat.,dengan kadar yang sesuai,pada masa yang tepat,demi tujuan yang benar dan dengan cara yang baik tidaklah mudah"
Saya seorang yang mudah rasa marah.Tapi saya dapat kawal.Kalau masa kecil memang tak dapat tahan.Kena luahkan jugak.Antara caranya ialah dengan meraung kuat-kuat sambil tendang almari sampai mak ayah serabut lalu memaksa diorang untuk pujuk.Kesian mak ayah saya.Tapi saya mudah memaafkan.

Sekarang dah besa gedabak ni jadi pelik sikit.Asal marah je keluar air mata.Rasanya sebab saya tak sanggup nak marah directly kat orang tuh.Contoh nya kalau marah kat ayah.Nak marah tak boleh,jadi pendam je lah.Hasilnya keluar air mata.Tu pendapat saya.Korang macam mana?


At least lepas nangis rasa lega sikit.Orang marah ni ada tiga bahagian :

1)mudah marah dan senang memaafkan.

2)sukar marah dan sukar memaafkan.

3)sukar marah tapi senang memaafkan.

yang paling parah

4)mudah marah tapi sukar memaafkan.

Harap-harap yang ke-4 tu takdelah.*Sifat Rasulullah ada pada nombor 3. :)

Macam mana nak atasi marah? Meh nak kongsi tips iman mengatasi marah :

1)Pandang laut yang luas.Kalau rumah tengah-tengah bandar,pandang langit.Bayangkan kelapangan dan kebesaran Allah dan bandingkan dengan sempitnya dada orang yang marah.Kalau tak jadi jugak,pandang muka mak masing-masing.Kalu tak jadi lagi,tilik muka saya.Konpem semakin membuak-buak marah korang.Bila marah itu mencapai tahap maksima,ia akan turun dengan sendiri.Teori mana lah aku pakai.

2) Ambil air wudhu'.Marah tu macam api dan air penawarnya.

3) Baca ayat-ayat mudah dari al-Quran.Kalau tiba-tiba tak ingat sebab marah tahap gaban,berzikirlah dan istighfar.

4) Bentang kain sejadah elok-elok lalu rebahkan kening dan bersujud.

5) Ubah posisi berdiri kepada duduk,Daripada duduk kepada berbaring untuk redakan ketegangan.Tertonggeng tak mau eh.

6) Sentiasa ingat hidup ni tak lepas daripada ujian.Dan setiap ujian pasti ada hikmah.

Oleh itu,(tetapkanlah kepercayaanmu)tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Surah al-Insyirah,ayat 5)

 Semoga kita semua dapat kawal marah.Saya pun sedang belajar untuk itu.Ingatlah,satu kali marah,4 kedutan di muka.(haha)

Macam dah letih je jari ni.Sekian dulu.Assalamualaikum!





3 comments:

  1. marah sambil nangis . perasaan paling wrost kot :/

    ReplyDelete
  2. [Zanyy.Bobo]
    memang pun.tapi lpas tu rasa tnang sikit. :D

    ReplyDelete
  3. cara sye hilangkan marah, pakai earphone, bkk lagu almost maximum biar sampai sepaker gedebam gedebum -.-

    ReplyDelete

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)