Sunday, November 6, 2011

Padan mukaku~



Assalamualaikum pp! :)


Selamat Hari Raya K0rban semua.Silalah makan daging banyak-banyak,asal jangan dapat penyakit sudah lah.Hehe

Fuh fuh..! Mujur le exam habis sebelum raya.Kalau tak,serabut otak aku.Nak tengok tv pun tak senang.(hehe)Ada cite nak kongsi cikit nih. Cite ni pasal aku je lah.Malas ah nak jaja cite orang lain kat sini.

Masa tu ari rabu.Aku ada exam prinsip akaun.Kire exam paling last lah.Memandangkan kebanyakan kawan-kawan aku tak reti dan ada yang tak pandai langsung(iaitu aku),jadi kami mengambil keputusan sebulat suara untuk meniru.(hehe) Jadi ketika berlangsungnya peperiksaan,proses tiru-meniru juga giat dijalankan.

''eh,Anis,reti tak yang no 3?'' tanya kawanku semacam berbisik seolah-olah nak suruh cik semut je dengar.

''Reti la cikit-cikit.'' jawab aku.

''Camne?'' tanya kawanku lagi.Aku pun menghulurkan cikit kertas jawapanku supaya dia nampak.

''Tak nampakkk''.Aku hulur cikit lagi.Aku nampak dia duk menyalin.Dah nampak le tuu..





Tik tok tik tok..masa tinggal lagi setengah jam.Aku pun tekun nak siapkan walaupun aku jawab karut marut.Kertas jawapan aku kat tepi meja tadi tetap kat situ lagi.

Nak jadikan cerita,masa tu cikgu Addmath aku yang 'baik' jadi penjaga.Beliau pun lalu lorong di sebelah aku.

''Ni apasal letak kertas kat tepi ni?" tanya beliau dengan suara yang tak berapa sedap didengar.

Aku dah pucat.Sambil gigit bibir aku masukkan kertas tu kat bawah kertas jawapan lain.Aku buat-buat sibuk. Begitu jugalah dengan kawan yang nak meniru aku tadi.


''Kalau nak bagi tiru sangat.apesal tak bagi terus je?!''Marah beliau sambil mengheret satu daripada kertas jawapan aku lalu letak kat atas meja kawan aku.

Dan sebagai hadiahnya,aku dan kawan aku dapat satu cubitan kecil kat lengan.Malu tak terkata.First time aku meniru bersungguh-sungguh dah dapat hadiah.

Lepas tu,aku memang tunduk je.Nak tangok kawan sebelah pun malu.Sumpah aku dah tak nak meniru lagi(ecece).Memang kenangan 'manis' la bagi aku.I.Allah sampai besa aku ingat.Hehe


No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)