Wednesday, November 9, 2011

Differences between ADAT and IBADAT.


Assalamualaikum dan hai! :)

Adat dan ibadat dua perkara yang berbeza kan? kan kan??Dan perbezaan yang paling ketara ialah ejaannya.(hehe).Ni antara sedikit sebanyak perbezaannya :


Adat

Duduk rehat di dalam masjid.Ada yang berbual kosong tak kurang juga yang 'buat ketupat'.

Makan hanya sekadar makan.Lepas tu tersandar kat dinding seperti biawak kekenyangan.

Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang.

Bertudung kerana ingin kelihatan cantik dan ala-ala artis.

Membaca untuk menambah pengetahuan sahaja.

Bekerja untuk menyara hidup.

Bermake-up tebal setebal 14 inci supaya muka kelihatan cantik tiruan.
(cantik la sangat)


Ibadat

Iktikaf di dalam masjid.(Susah nak cari zaman sekarang nih).

Makan supaya kuat untuk beribadat.
''berhenti sebelum kenyang''

Berkahwin kerana sunnah dan menjauhi maksiat.

Bertudung lantaran akur perintah Allah.(sejuk mata memandang) :)

Membaca untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan iman.

Bekerja untuk menambah pendapatan supaya dapat digunakan ke jalan Allah.

Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya dan kecantikan asli wajah.



Camne camne?? setuju tak????

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)