Monday, November 14, 2011

Gatal sangat~

Assalamualaikum,


Selamat menduduki exam kepada form 5. Semoga dipermudahkan urusan supaya dapat berikan yang terbaik.Baca betol-betol supaya tak salah jawab.Kepada yang tak nampak soalan,silalah pakai spek.hehe.


Sementara yang f.5 kalut priksa,aku yang f.4 ni senang lenang goyang kaki sampai bosan tahap gaban.hmm.Disebabkan bosan ni, macam macam aku buat antaranya melepak kat umah kawan,edit gamba,kalau pegi sekolah pun bawak mainan(perangai pelajar 'cemerlang') dan banyak lagi aktiviti yang tak berpekdah.isk.




eh eh eh eh dan eh.ape kaitan pulak gamba ni? suke ati aku lah.huh.emm

Tadi pegi melepak kat umah kawan dah kena marah.Sebab? Naik kete prebet(teksi yang anta penumpang sampai kawasan kampung).Ye lah,kan sekarang macam-macam kes ada,culik lah,rogol lah dan bunuh lah.Masa nak balik tuh,mak call nak mai amik.Tu takpe lagi,yang tak bleh tahan kene tadah telinga dengar 'syarahan'.Best wo0o..isk

Lepas dengar syarahan tuh sumpah aku tak nak naik prebet.Takut wo0o.Ayah aku kata kalau pegi sekolah dia nak call aku setiap setengah jam.Ade ke patut? tak kan? Dia takut aku pegi bederak.(Tahu ke apa tu bederak?) Lu pikir la sendiri.Padan muka aku kan? Sape suruh gatal sangat? hmm

So i guess thats the end of my story.macam lagi kantoi pulak.aku memang tak reti nak karang cerita panjang-panjang.hehe

Moralnye : Tanya makbapak awal-awal pasal plan korang.sebab aku masa nak pegi baru aku bagitau.tu pun mesej je.cemerlang sungguh perangai aku.Satu lagi,mesti dengar syarahan makbapak ye.Bukan dengar saje,hayati dan selamat beramal.Assalamualaikum!


p/s:Korang korang,..korang buat ape kalau bosan?Kongsi la sikit.

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)