Tuesday, April 12, 2016

Penat

Assalamualaikum

Lamanya hai tak update blog. Sekarang aku tengah study kat uia, kos pharmacy. Emm bukan nak cakap apa, tapi siyes penat. Ni pun aku ada masa nak tulis blog sebab turn aku buat experiment esok.

kalau dulu orang cakap tak payah la amik farmasi sebab susah, penat. Tapi aku degil. Sekarang aku menyesal. Ceh tak baik menyesal. Bukan apa, penat sangat. Kelas kalau tak habis pukul 5 tak sah. Aku ni 2 hari seminggu kelas habis pukul 7.Tak tahu la kalau korang amik farmasi jugak tapi kelas kau habis 9 malam ke. Tak taulah. kalau ye memang aku tabik hormat!! Mana tak penatnya. Orang dah siap mandi nak semayang maghrib kau baru balik kelas, beli makanan. Pendek kata hidup dalam dalam lecture hall je seharian.

Haaa satu lagi pasal kuiz. Sekarang seminggu 3 kali kuiz. Tiap-tiap minggu. Ada tu 2 kuiz dalam satu hari. Memang kelaut la kau study, kau sempat stdy untuk yang first kuiz je. dahla banyak kena study. MasyaAllah. Practical toksah cakap, tiap-tiap minggu ada, beserta report ha. Kadang-kadang rasa nak abdikan hidup dengan belajar je. Hahah. Pahtu masa final exam memang nak jadi separuh gila. Masa tu la kau nak study semua, dengan study week nya ada exam jugak. Bila nak revise nyaaaa. Aku kalau final exam memang sah-sah jerawat naik 4-5 ketul.

Aku kalau stress memang selalu rasa nak mengadu kat mak ayah aku. Punyalah tunggu habeh kelas duk pikir nak mengadu apa nanti. Tapi bila balik bilik, call mak ayah dengar suara diorang semua benda tu tak keluar. rinduuu. Automatik mengalir air mata ni ha. Yeah call me spoiled brat. Aku rasa tenang pulak bila dengar suara diorang. Rasa dekat. Dan aku tak rasa diorang patut tahu susah aku. Tak payah nak bagi diorang risau. Biar aku je tanggung. Kita kan ada Allah. ;)

Tapi tu la, kalau kau nak masuk jugak farmasi ni pastikan kau pandai urus masa, kau genius,bijak, pandai. Kalau tak pun takpe, tapi jadi macam aku la,susah sikit. Hahaha. Tapi boleh je setakat nak cukup makan. Usaha tu kena ada. Ok lah, jumpa lagi. Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)