Sunday, April 12, 2015

Pernah tak

Assalamualaikum

Pernah tak kau bangun pagi, kau rasa dada kau sesak sebab kau teringakan mak ayah?
Pernah tak kau nak tidur tapi wajah mak ayah kau berlegar-legar dalam kepala kau?
Pernah tak masa kau tengah berdoa lepas sembahyang, tiba-tiba kau menangis sayu teringatkan kesihatan mak ayah kau, dah makan ke, harini buat apa?
Pernah tak masa kau bukak buku kau teringat harini aku dah telefon mak ayah ke?
Pernah tak kau rasa kenapa kau perlu belajar jauh-jauh tapi pada masa yang sama kau tinggalkan mak ayah kau di kampung?
Pernah tak kau demam sebab sentiasa pikirkan mak ayah kau?

Aku rindu. Bila aku duduk jauh daripada mereka baru aku rasa menyesal. Menyesal sebab tak hargai masa aku bersama mereka dulu.

Aku hanya mampu berdoa, semoga Allah panjangkan umur ibu bapa kita, kurniakan mereka kesihatan yang baik dan aku harap sangat aku dapat berjumpa mereka buat kali terakhir sebelum mereka pergi..

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)