Tuesday, December 6, 2011

Suatu ketika

Assalamualaikum

Dulu aku ada pegi kem.Bukan kem sebarangan,kem sahsiah diri yea.ehem.Aku rasa aku dapat baiki diri aku sikit lepas join kem tu.Kenapa?

Ok,mula-mula sebab aku kena bangun pukul 4 pagi lagi untuk buat solat-solat sunat.Walaupun mamai dan tersengguk masa sembahyang alhamdulillah aku boleh habiskan.haha.Lepas tu kena bukak telinga luas-luas dengar tazkirah.Sebab teknologi moden,ustaz siap bukak video pasal kematian lagi.Ya Allah sumpah aku tak nak tengok untuk kali ke-2.Gerun aku.

Tapi itu untuk hari ke-2 sahaja.Hari ketiga tu,masa ustaz bagi tazkirah,aku terpaksa buat tahi mata.Sumpah tak tahan ngantuk.Siap landing lagi.Yang lain duk menyandar kat dinding je,aku yang lebih-lebih.Mujur tak sempat buat peta kat kapet masjid tuh.Astaghfirullahalazim..



Lepas tu,ada pulak ceramah kat dewan.Aku tak paham la,setiap ceramah mesti sebut pasal kes buang baby.Ye,aku paham.Penceramah nak kitorang jauhi zina.Tapi tak perlulah dalam setiap 6 ceramah sebut pasal tu.Tak mengapa,aku dengar juga dengan penuh tawadhuk.Penceramah cakap bercinta ni takde pekdah nye.Betul ke? betullah.Ape tak betul nye.Membazir masa dan tenaga je.

Aku selalu TERtengok pasangan kapel main komen-komen kat facebook.Euww,tolonglah.Geli anak tekak aku baca.

Penceramah juga cakap.main SMS dengan yang berlainan jantina itu sudah menghampiri zina.Kenapa yea?

Mula-mula saya awak
Kenal-kenal dulu
Lepas tu I,U
Jom pegi lebih jauh
Sayang.baby
Tak cukup lagi tu
Jom pegi jauh lagi
ok.mama papa(euww)
masa ni lah berlaku sexphone.
Tapi ada yang lebih advanced
Belum apa-apa lagi dah gila meroyan.

Macam mana lah kalau mak bapak diorang terbaca SMS tu.Mau nye sakit jantung.Tak usah le bercinta.Sebab bercinta selalu disertai nafsu dan makhluk ke-3(syaitan).Kalau memang gatal sangat,kahwin terus lah.Lagi senang.

Duduk renggang-renggang.Bertambah sayang.ewah


Tapi aku pun boleh tahan gatal jugak.Boleh pulak aku minat kat sorang mamat yang ada di kem tuh.Aku minat je k.=,=.Sape suruh muka dia comel sangat.Baik pulak tu.

Astaghfirullahazim.Insaf-insaf la wahai diri sendiri.




No comments:

Post a Comment

Sila komen ye korang.Terima kasih. :)