Assalamualaikum.
Cuti dah habis ! yeayy! saya 'hepi' sesangat.Bermula kembali kehidupan sekolah yang memenatkan.pfff.
Cuti-cuti ni mesti korang ada pegi kenduri kan? maksud saya kenduri kahwin.Bukan kenduri kematian.Sila faham.Bila pergi tuh mesti tuan rumah ada bagi sisa kan? Bukan sisa makanan tu tapi sisa yang macam kenang-kenangan lah atau buah tangan kepada tetamu gitu.Kat kelantan orang tua-tua panggil sisa ok.Tapi saya panggil macam tu jugak walaupun muda belia lagi.ehem.
Baik lah straight to the point.Apa yang kamu buat dengan benda tu? Buang ke? Atau guna pakai? Ada sesetengah tu benda baik kan,so sayang nak buang.Jom kita tengok apa lah yang saya buat dengan benda tu menggunakan tahap kekreatifan yang tersangatlah ciput.
a)Bekas 1
Yang ni biasa je.Isi dalam yang sebenar makanan merosakkan gigi iaitu gula-gula. |
Saya isi dengan makanan yang lebih berzat iaitu kismis.*kreatif nya saya. |
Beralih pula kita ke
b)Bekas 2
Yang ni takde isi.Memang hiasan semata-mata. |
Saya jadikan tempat letak pen.sebab sebelum ni selerak je pen atas meja.pff *kreatif nye saya. |
c) Bekas 3
Yang ni ada isi gumpalan surat khabar.Tak pasti kenapa.Untuk nampak kembung pada hari tersebut mungkin. |
Nak buat kotak pensil,kotak pensil dah ada.Jadi saya buat keputusan untuk letak...
Batteriesss!! Yeay. *kreatif nya saya. |
d) Bekas 4
asalnya ada gula-gula dalam tu. |
Saya buat tempat letak gelang dan seumpamanya.Yang kuning tu bukan emas betul,ciplak punya yea. *kreatif nye saya. |
Yang ni saya tak tahu apekebenda.macam piring untuk letak gelas yang ada air panas pun ada.hah pedulikan |
tadaaa!! saya jadikan alas minyak urut dan seumpamanya gitu.Jangan kutuk saya pulak.Kreatif tak saya?? |
Oh ya kejap kejap ada lagi ni
Korang kena spot the difference dengan gambar pertama.Kalau tahu komen eh. Siapa tahu memang terer.haha |
Assalamualaikum !